Sebuah acara khusus sedang berlangsung di Mid Valley Megamall untuk para peminat LEGO sempena pelancaran filem terbaru daripada francais The LEGO Movie 2 : The Second Part tahun ini.

Acara yang berlangsung dari 13 hingga 24 Februari 2019 ini  menampilkan sebuah pengalaman unik di mana para pengunjung berpeluang melawat  enam dunia berbeza di dalam The LEGO Movie 2.

Pengunjung akan berpeluang menerokai kepelbagaian dunia The LEGO Movie 2, di samping membina sesuatu yang menakjubkan bersama-sama dengan ahli keluarga masing-masing.

Terdapat pelbagai promosi yang menawarkan hadiah eksklusif dengan setiap pembelian, termasuklah peluang untuk membeli set istimewa The LEGO Movie 2, “Welcome to Apocalypseburg”.

Antara zon-zon yang boleh disaksikan oleh para pengunjung ialah ‘Systar System’ di mana kanak-kanak berpeluang untuk bersaing dengan watak kegemaran mereka daripada filem tersebut di dalam pertandingan menari dan banyak lagi. Bengkel  ‘Duplo Monster’ pula memberi peluang  pengunjung membina makhluk penakluk angkasa DUPLO mereka sendiri.

Di Zon  ‘Apocalypseburg’, pengunjung dapat merakam filem hebat sendiri dengan menggunakan set LEGO® Movie Maker. Setiap zon mewakili satu misi yang perlu disempurnakan dan setelah keenam-enam misi berjaya diselesaikan, peserta akan dianugerahkan dengan sijil pencapaian istimewa daripada LEGO Malaysia.

Jika anda sekeluarga peminat tegar LEGO dan The LEGO Movie,  jangan ketinggalan melawat Mid Valley Megamall hujung minggu ini ya!

Pengarang

From our team of purposeful, multi-faceted mummies. For editorial or general enquiries, email to us at [email protected]

Ruangan komen telah ditutup.