Cuti sekolah penggal pertama bakal tiba! Di musim cuti sekolah Mac ini, bawa anak-anak mengunjungi dunia permainan penuh keseronokan Adventure Land di Main Concourse, Sunway Putra Mall dan jangan lepaskan peluang menemui watak kartun kegemaran mereka seperti Robocar Poli, PJ Masks dan Tobot.

Selain daripada itu, ada juga peluang untuk memenangi pelbagai hadiah daripada jenama permainan popular kanak-kanak seperti L.O.L Surprise, Hello Kitty, Num Nums dan banyak lagi.

Terdapat banyak acara yang akan berlangsung di Sunway Putra Mall Adventure Land (Main Concourse, Ground Floor) bermula 19 Mac sehingga 31 Mac 2019. Antaranya adalah:

1. Acara “meet and greet” bersama Roy dari Robocar Poli

Anak-anak yang gemarkan Robocar Poli tentu akan teruja dengan peluang bertemu Roy dan bergambar bersama-samanya! Acara ini akan berlangsung pada 23 Mac 2019 pada dua sesi iaitu pada pukul 12-12.30 tengahari dan 2-2.30 petang. Acara ini juga akan diselang-selikan dengan sessi pemberian gula-gula kapas pada pukul 1-3 petang.

2. Acara “meet and greet” bersama Tobot Adventure K & Tobot Adventure Y

Dua hero Tobot iaitu Tobot Adventure K & Tobot Adventure Y akan menemui para peminatnya di acara “meet and greet” yang akan berlangsung pada 24 Mac 2019 pada pukul 12-12.30 tengahari dan 2-2.30 petang. Dalam acara ini, anak-anak berpeluang untuk bergambar dan berjalan-jalan bersama Tobot K & Y di sekitar kawasan pameran. Tentunya ia menjadi suatu kenangan indah untuk para peminat cilik Tobot! Tak lupa juga pemberian gula-gula kapas yang akan berlangsung pada pukul 1-3 petang.

3. Acara “meet and greet” bersama PJ Masks

Untuk para peminat PJ Masks pula, mereka akan berpeluang menemui Catboy, Gekko dan Owlette pada 30 dan 31 Mac 2019, pada dua sesi iaitu 12-12.30 tengahari dan 2-2.30 petang. Anak-anak akan berpeluang untuk bergambar bersama dan berjalan-jalan bersama karakter PJ Masks kegemaran mereka di sekitar kawasan pameran. Jika anak anda peminat tegar PJ Masks, ini adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan!

4. Pelbagai acara harian

Selain daripada acara-acara khusus di atas, pelbagai acara harian juga telah diaturkan untuk para pengunjung cilik setiap hari dari 19 Mac – 31 Mac 2019, pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Antaranya adalah permainan bertemakan Robocar Poli iaitu Robocar Poli Puzzle Game, Robocar Poli Roy Fire Safety Game, Robocar Poli: Poli Paper Car DIY dan aktiviti mewarna Robocar Poli. Di kawasan pameran Tobot pula, sebuah “photobooth” khas akan didirikan untuk bergambar bersama karakter-karakter kegemaran dari Tobot iaitu Tobot Adv X, Tobot Adv Y, Tobot K dan Tobot Mach W.

Ayuh mama dan papa. Tandakan kalendar dan jangan lupa lawati Sunway Putra Mall bersama anak-anak sepanjang cuti persekolahan bulan Mac ini. Untuk maklumat lanjut, lawati Sunway Putra Mall di Facebook.


Artikel ini ditaja oleh RB Zicon Sdn Bhd.

Pengarang

From our team of purposeful, multi-faceted mummies. For editorial or general enquiries, email to us at [email protected]

Ruangan komen telah ditutup.