Tag

restoran keluarga

Melayari

Ramadan yang suci ini bukan sahaja memberi peluang untuk kita mengisi rohani dengan aktiviti ibadah, malah ia turut memberi peluang untuk ibu bapa merasai “family time” dengan anak-anak melalui aktiviti bersahur, berbuka puasa (iftar) dan juga “moreh”. Untuk aktiviti berbuka puasa contohnya, mama papa boleh meluangkan masa dengan anak-anak sewaktu menyediakan atau menghidangkan juadah iftar di rumah.

Sesekali, ibu bapa akan memilih untuk berbuka puasa di luar untuk berehat dan mencuba juadah menarik yang disediakan di restoran-restoran di luar sana, sekali gus meluangkan masa berjalan-jalan dengan anak-anak tersayang.

Walaubagaimanapun, dengan lambakan restoran yang menawarkan pelbagai pakej berbuka puasa yang membuatkan kita rambang mata, sesetengah ibu bapa masih lagi menghadapi kesukaran untuk mencari lokasi yang benar-benar mampu memberi keselesaan kepada keluarga terutamanya kepada anak-anak.

Antara faktor penting yang lain adalah kemudahan surau untuk menunaikan solat Maghrib, parkir yang mudah serta tempat yang luas untuk anak-anak bergerak.

Jom lihat senarai tujuh lokasi restoran berbuka puasa yang bukan sahaja menawarkan keselesaan serta hidangan iftar dengan harga yang berpatutan, tetapi juga mesra keluarga.

1) Goat 2 Go, MAEPS, Serdang

Terkenal dengan slogannya “From Farm To Plate”, restoran yang terletak di Serdang ini kini sedang mempromosikan pakej iftar Ramadhan mereka dengan slogan baru iaitu “Iftar Di Dalam Taman”. Selain menawarkan senarai pakej dan menu berbuka yang menarik, Goat 2 Go turut menyediakan kemudahan surau, tempat parkir kereta yang luas serta persembahan live kumpulan ghazal. Yang paling menarik, ia menawarkan pakej murah untuk Petting Zoo G2G Animal Garden – MAEPS untuk anak-anak anda bermain sewaktu menunggu waktu berbuka puasa.

Kredit foto: Facebook Goat to Go

Alamat: Goat 2 Go,
Jalan MAEPS 4/3,
Seri Kembangan,
43400, Selangor, Malaysia.
Telefon: 011-65593877/017-2739051
Laman Web: https://goat2go.com/

2) Lugar De La Boda, Puchong

Buat mama papa yang ingin mencari sedikit kelainan, anda boleh cuba berbuka puasa di Lugar De La Boda yang terletak di Puchong serta Ambassador Putrajaya ini.

Bernaung di bawah Syarikat Hanana Group, Lugar De la Boda sebenarnya adalah sebuah dewan perkahwinan yang terkenal di sekitar Puchong dan kini menawarkan pakej iftar ala buffet bersempena bulan Ramadhan. Dewan yang boleh menampung seramai hampir 500 orang ini turut menyediakan kemudahan kawasan parkir kereta dan surau yang luas untuk anda.

Kredit foto: Dikbee.com

Alamat: Lugar De La Boda
Persiaran Prima Utama,
Taman Puchong, Lot 65083,
Persiaran Tasik Prima 4, Lake Vista,
47100 Puchong, Selangor.
Telefon: 016-6700471/016-4318434
Laman Web: https://www.hananagroup.com/iftar-lugar/

3) Fei & Ali, Shah Alam

Restoran yang berkonsep moden ini sering menjadi pilihan orang ramai yang ingin membuat tempahan untuk menyambut majlis istimewa seperti sambutan hari jadi dan ulang tahun perkahwinan. Sempena Ramadhan ini, Fei & Ali menawarkan pakej iftar serendah RM 30 untuk orang dewasa. Restoran ini turut menyediakan surau dan tempat bermain di tingkat atas untuk anak-anak.

Kredit foto: Facebook Fei & Ali

Alamat: Fei & Ali by Foodsbury
No 22, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam,
Selangor.
Telefon: 011-1053 8061
Laman Web: https://www.facebook.com/fei.dan.ali/

4) Ahh-Yum by Kampong Kravers, Kuala Lumpur

Dengan tambahan menu istimewanya iaitu kambing bakar air asam, restoran yang mempunyai enam cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini menyambut kedatangan Ramadhan dengan juadah iftar yang beraneka serta surau yang disediakan khas untuk bulan suci ini. Tempahan awal boleh dilakukan melalui nombor yang tertera sekiranya anda ingin mendapatkan diskaun untuk pakej iftar di Ahh-Yum!

Kredit foto: Facebook Ah Yumm

Alamat: Ahh-Yum by Kampong Kravers
No. 73. Jalan Setia Bakti,
Bukit Damansara.
Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon: 03-20112530/010-7609838
Laman Web: https://www.ahhyum.com/

5) Luasje.com, Kota Damansara

Dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, penghawa dingin, lif serta tempat parkir kereta, restoran yang terletak di Kota Damansara ini mungkin menarik minat ibu bapa yang mementingkan keselesaan ketika mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama anak-anak tersayang. Dari segi menu iftarnya pula, Luasje.com menyediakan beraneka juadah termasuk hidangan Melayu dan juga barat.

Kredit foto: Facebook Luas Je

Alamat: Luasje.com
8E, Jalan Teknologi 3/6, Nouvelle Industrial Park,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor
Telefon: 016-666 2691
Laman Web: https://booking.luas.je/

6) Taman Ekuestrian Putrajaya, Putrajaya

Dengan senarai tarikan seperti aktiviti kereta kuda dan konsep suasana yang bertemakan “Cowboy Town”, si comel anda pasti akan teruja untuk berkunjung ke Taman Ekuestrian Putrajaya ini. Malah, anda sebagai ibu bapa juga tidak perlu khuatir untuk berbuka puasa dengan selesa kerana selain daripada aneka juadah lazat yang ditawarkan, taman ini turut menyediakan kemudahan surau serta tempat parkir kereta percuma untuk anda.

Kredit foto: Facebook Putrajaya Equestrian Park

Alamat: Taman Ekuestrian Putrajaya
Precinct 5, 62200 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Putrajaya, Malaysia.
Telefon: 03-8000 8914/ 017-669 0461
Laman Web: https://www.tep.my/

7) Asap Steamboat & Grill, Puchong

Bercawangan di Puchong dan Bangi, restoran Asap Steamboat & Grill ini sedang menawarkan pakej iftar yang menarik buat sesiapa yang berkunjung ke situ. Sempena bulan yang mulia ini, restoran ini bukan sahaja menyediakan kemudahan surau, malah turut menyelitkan dekorasi bertemakan ‘Hari Raya’, sekaligus membangkitkan suasana meriah untuk anda dan keluarga berbuka puasa di situ.

Kredit foto: Facebook Zulaikha Kefly

Alamat: Asap Steamboat & Grill
94, Jalan Tempinis, Kampung Tengah A,
47100 Puchong, Selangor
Telefon: 013-485 8944
Laman Web: https://www.instagram.com/asapsteamboatgrill/