Tag

optimax

Melayari

Pemakaian kaca mata kadangkala amat menyukarkan terutamanya apabila telah menjadi seorang mama atau papa. Apatah lagi apabila terdapat pelbagai perkara yang perlu diingati dengan rutin bersama anak setiap hari.

Kadangkala kita terlupa di mana letaknya kaca mata, kadangkala dengan tidak sengaja dipatahkan pula oleh anak-anak kecil yang belum tahu apa-apa. Bermain dengan bayi juga perlu lebih berhati-hati kerana mereka sangat suka menarik kaca mata dari mata mama atau papa!

Tidak hairanlah apabila mama dan papa moden masa kini cuba mencari alternatif kepada pemakaian kaca mata. Selain menggunakan kanta lekap, solusi paling popular dewasa ini adalah menerusi pembedahan LASIK, singkatan kepada terma “laser-assisted in situ keratomileusis”.

Pembedahan Lasik adalah satu pembedahan bagi membetulkan masalah penglihatan seperti rabun jauh, rabun dekat atau astigmatisma (rabun silau) yang selamat dan berjaya di seluruh dunia. Ia menggunakan teknologi laser dalam prosedur pembedahan yang mudah dan proses penyembuhan yang pantas.

Namun begitu, seperti juga pembedahan yang lain, keputusan untuk melakukan pembedahan Lasik hendaklah dibuat dengan bijak dengan mengambil tahu mengenainya sebanyak yang mungkin dan perlu adanya perancangan yang teliti.

Jom baca 5 perkara yang perlu anda ketahui sebelum menjalani pembedahan Lasik:

1) Kenali klinik dan pakar bedah Lasik anda

Pembedahan Lasik biasanya dilakukan di pusat pembedahan khas, namun ada juga yang dilakukan di klinik mata atau hospital. Mereka perlulah mempunyai kepakaran yang luas dalam melakukan pembedahan Lasik, serta mempunyai pakar bedah Lasik yang terlatih dan berpengalaman.

Kenalpasti juga rekod mereka dalam melakukan pembedahan Lasik. Anda boleh bertanya dengan lebih lanjut ketika berjumpa mereka sebelum membuat sebarang keputusan. Mereka juga harus mempunyai khidmat pelanggan yang baik, sebelum dan selepas pembedahan.

Sebagai contoh, di Optimax, terdapat ramai doktor pakar mata yang berpengalaman luas di dalam pelbagai kaedah Lasik dan rawatan mata. Salah seorang daripadanya adalah Dr Nor Zainura Zainal yang mempunyai kepakaran melakukan rawatan ReLEx SMILE , satu pembedahan Lasik terkini yang amat kurang invasif di mana prosedurnya lebih mudah jika dibandingkan dengan pembedahan Lasik konvensional. Ada juga kaedah lain yang ditawarkan seperti Femto LASIK dan Advanced Surface Ablation/ LASEK.

Anda juga boleh bertanya rakan-rakan atau sesiapa yang pernah menggunakan khidmat mereka untuk mendapatkan testimoni.

2) Fahami jenis pembedahan dan cara ia dilakukan

Anda perlulah memahami cara pembedahan Lasik yang akan dilakukan untuk anda. Ini kerana tidak semua orang mempunyai masalah yang sama, oleh itu, pembedahan anda akan dibuat berdasarkan kondisi mata anda. Pakar bedah haruslah menerangkannya kepada anda dan mencadangkan rawatan alternatif ­jika anda didapati bukan calon yang sesuai untuk pembedahan Lasik. Anda juga perlu mengetahui tempoh masa yang diperlukan untuk sembuh sepenuhnya supaya anda dapat merancang masa dengan sempurna.

3) Persiapan sebelum dan selepas pembedahan

Tahukah anda ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum menjalani pembedahan Lasik? Secara am nya, anda tidak dibenarkan memakai kanta lekap selama beberapa minggu sebelum menjalani pembedahan. Selepas pembedahan, anda juga tidak digalakkan melakukan aktiviti sukan dan menggunakan alat solek untuk tempoh masa tertentu. Mungkin ada lagi perkara yang lain, jadi jangan lupa untuk bertanya dengan pakar bedah anda.

4) Keberkesanan dan kesan sampingan

Pembedahan Lasik tidak menjamin rabun anda hilang 100%, dan ia sebenarnya bergantung kepada keadaan dan masalah penglihatan anda sebelum pembedahan. Terdapat beberapa pembedahan susulan yang mungkin diperlukan yang dinamakan “enhancements”. Ada juga kes di mana penglihatan menjadi rabun semula, jadi bincanglah mengenainya dengan pakar mata anda. Komplikasi dari pembedahan Lasik adalah sangat rendah, namun sepanjang proses penyembuhan ada juga kesan sampingan yang seperti mata kering, kabur atau silau.

5) Harga dan bajet

Kos pembedahan Lasik mungkin bergantung kepada keperluan anda dan jenis prosedur yang perlu dijalankan. Anda perlu mempunyai bajet yang sesuai untuknya, dan pilihlah pusat pembedahan yang menawarkan khidmat terbaik dan kepakaran yang seiring dengan harganya. Dapatkan perincian harga dari mereka dan pastikan ianya termasuk dengan kos rawatan susulan. Jangan lupa tanya sama ada mereka menawarkan diskaun jika anda memerlukan pembedahan “enhancements”.

Ditulis oleh : Engku Khadeeja


Artikel ini ditaja oleh OPTIMAX Eye Specialist Centre.

OPTIMAX ialah sebuah pusat pakar mata ternama dan dipercayai yang telah beroperasi selama 24 tahun di Malaysia. Sehingga kini, lebih 210 000 pelanggan berpuashati dengan khidmat dan kepakaran yang ditawarkan oleh OPTIMAX. Ia juga telah menjadi pusat pakar mata terunggul serata Asia Tenggara dengan menawarkan pelbagai jenis rawatan mata termasuklah pembedahan Lasik, masalah katarak, glaukoma, kekeringan mata dan banyak lagi.