Tag

kisahku

Melayari

Ketika saya ditawarkan untuk berkongsi tentang kisah kelahiran anak kedua saya, Maryam, perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terlalu gembira, terlalu teruja, namun dalam masa yang sama sedikit gusar kerana menceburi bidang penulisan merupakan salah satu daripada impian saya. Maryam Ahmad Hazwan, anak kedua adalah seorang bayi pramatang yang lahir pada usia 33 minggu, 5 hari. Kelahirannya bukan sahaja mengubah, malah menguatkan lagi persepsi saya terhadap pelbagai aspek termasuklah kekuatan diri dan kebergantungan yang amat tinggi kepada Tuhan.

5 tahun 6 bulan. Itulah tempoh yang kami lalui sebelum Hannan dilahirkan. Setelah mendirikan rumahtangga pada 2006, dan seperti pasangan lain yang baru berkahwin, kami turut memasang impian untuk menjadi seorang ayah dan ibu. Namun, Allah mempunyai perancangan-Nya tersendiri.

Walau bagaimanapun, pada 2011 semuanya berubah. Saya yang dalam perjalanan tugasan ke Sabah telah menerima SMS dari isteri yang mengatakan bahawa ujian kehamilannya positif.