Tag

cuti sekolah

Melayari

Berseronoklah bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti dan acara menarik di Lembah Klang sepanjang Mei ini!

KidZania Kuala Lumpur ‘Science & Space’ Programme

 Santuni anak- anak anda di KidZania Kuala Lumpur bagi menikmati pengalaman unik dan menghiburkan di program “Science & Space”. Anda boleh lawati laman web KidZania untuk melihat sendiri senarai lengkap aktiviti dan bengkel yang boleh disertai oleh anak- anak. Nak tahu apa yang lebih menguntungkan? Anda boleh dapat diskaun 40% bagi setiap pembelian tiket atas talian, sehingga penghujung Mei. Hanya masukkan kod promosi: ATOM40 untuk menikmati diskaun ini.

 Tarikh: 25 Mei (Sabtu) hingga 16 Jun (Ahad)

Masa: Jadual di sini

Tempat: KidZania Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor

Bayaran: Bergantung kepada aktiviti, e.g. RM190 seorang untuk Generasi Marikh Junior Astropreneur Mini Bootcamp 

 Grand Bazaar Ramadhan Raya 2019

 Bazar Perdana Ramadhan Raya 2019 akan diadakan pada 4 Mei sehingga 4 Jun di dua lokasi iaitu di Shah Alam dengan 134 gerai jualan, dan di Bukit Jalil dengan 436 gerai jualan. Penganjur bazar pada tahun ini mensasarkan untuk memasuki Malaysian Book of Records sebagai bazar perayaan terbesar dalam negara. Anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman enak dan mencuci mata melihat pelbagai jualan barang hiasan. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelbagai acara yang telah diatur sepanjang bulan, seperti ‘Acara Lemang Terpanjang!”. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Tarikh: 4 Mei (Sabtu) hingga 2 Jun (Ahad) di Shah Alam & 16 Mei (Khamis) hingga 4 Jun (Selasa) di Bukit Jalil

Masa: 3.00 p.m. – 12.00 a.m. hari bekerja, 11.00 a.m. – 12.00 a.m. hujung minggu dan Hari Kelepasan Am.

Tempat: Bulatan Bazarena, Shah Alam dan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Bayaran: Percuma

Batman 80 Years

 Adiwira terkenal dunia, Batman sudahpun mencecah usia 80 tahun dan bersempena dengan itu, Resort World Genting akan meraikannya bersama- sama anda. Sejak ia muncul dalam than 1939, Dark Knight ini menjadi pujaan para peminat di seluruh dunia. Di Resort World Genting, anda boleh menikmati pengembaraan Batman melalui tayangan filem, pertunjukan langsung, pameran eksklusif dan sesi bersama peminat. Dan jangan berdiam diri sahaja, sarungkan pakaian watak kegemaran anda dan bersama- sama lah ke acara Cosplayers Gathering. Oh dengar cerita, Resort World Genting akan bercahaya dengan Bat Signal menggunakan 1001 biji lampu ‘winch balls”. Jadi untuk semua ibubapa dan kanak- kanak, kami tunggu anda di SkyAvenue ya!

Tarikh : 10 Mei (Jumaat) hingga 10 Julai (Rabu) 2019

Masa : Lihat jadual di sini

Tempat : SkyAvenue Resort World Genting, Genting Highlands

Small Heroes, Big Hearts Kids Workshop

Anda berpeluang mendidik dan mendorong sikap menghargai dan menyayangi alam sekitar di kalangan anak- anak melalui bengkel bertema, pada setiap minggu dianjurkan oleh The Happiness Project di Robson 7. Anda ada pilihan untuk menyertai bengkel pada waktu pagi ataupun tengah hari untuk mengikuti 5 aktiviti pembelajaran dalam masa 2 jam, dan anak- anak akan dianugerahi Pingat Juara! Aktiviti- aktiviti yang disusun, bersesuaian usia 3 hingga 12 tahun. Penyertaan kanak- kanak di bawah usia 4 tahun mesti ditemani oleh ibubapa atau penjaga. Terkini, anda boleh menyertai program Marine & Green Superhero, dengan membuat pendaftaran di sini.

Tarikh: 11 Mei (Sabtu) & 12 Mei (Ahad), 18 Mei (Sabtu) & 19 Mei (Ahad)

Masa: 11.00 a.m. or 2.00 p.m.

Tempat: Robson 7, No. 7, Jalan Robson, Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur

Bayaran: RM50 setiap peserta

Hubungi:  018 – 241 5848 (WhatsApp) atau email [email protected]

Tema: Marine Hero (11 Mei & 12 Mei) and Green Superhero (18 Mei & 19 Mei)

YMCA KL SuperfunKids: Ahad Arts + Crafts

Disediakan khas untuk keluarga muda, YMCA KL menyediakan ruang selamat untuk anak- anak kecil berkumpul dan bermain. Bukan itu saja, terdapat juga bengkel 2 minggu sekali bagi memberi peluang kepada anak- anak memupuk rasa ingin tahu dalam diri mereka. Ibubapa dan penjaga juga dialu- alukan untuk turut serta, dan aktiviti- aktiviti yang disediakan sesuai untuk kanak- kanak berusia 4 hingga 12 tahun.

Tarikhs: 12 Mei (Ahad) & 26 Mei (Ahad)

Masa: 2.00 p.m. – 3.00 p.m.

Tempat: YMCA Kuala Lumpur, Jalan Padang Belia, Kuala Lumpur

Bayaran: RM12.50 setiap sesi untuk setiap anak, atau RM50 sebulan

Aktiviti- aktiviti di ILHAM Gallery dalam bulan Mei

Jika anda mahu memupuk rasa cinta dan penghargaan kepada hasil dan kerja seni di kalangan anak- anak, sertailah pelbagai program di ILHAM Gallery seperti berikut:

Bengkel Khas Keluarga : Rahsia Meja Reunion

Bengkel ini dianjurkan oleh ahli- ahli Muzium Baba Nyonya di negeri Melaka, memberi peluang kepada peserta merasai sendiri pengalaman melihat sendiri barang- barang milik keluarga Peranakan. Peserta- peserta akan bersama- sama membuat aktiviti “paper cutting” sambil berbincang tentang tradisi Peranakan dan berkongsi cerita budaya masing- masing.

Tarikh: 18 Mei (Sabtu)

Masa: 10.00 a.m. – 12.00 p.m. & 2.30 p.m. – 4.30 p.m.

Tempat: ILHAM Gallery, ILHAM Tower, Jalan Binjai, Kuala Lumpur

Bayaran: RM160 setiap keluarga (ibubapa dan seorang anak), RM65 untuk anak seterusnya.

Bengkel Cetakan Piring Istimewa Hari Raya

Bengkel ini juga kerjasaman ILHAM Gallery bersama- sama Atom and The Dot memberi peluang kepada kanak- kanak mempelajari simbol- simbol Hari Raya, evolusi seni cetak dan mencipta cetakan Hari Raya mereka sendiri. Aktiviti ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 3 hingga 12 tahun. Kanak- kanak di bawah usia 9 tahun mesti ditemani ibubapa atau penjaga.

Tarikh:  28 Mei (Selasa)

Masa: 10.30 a.m. – 11.30 a.m. & 3.30 p.m. – 4.30 p.m.

Tempat: ILHAM Gallery, ILHAM Tower, Jalan Binjai, Kuala Lumpur

Bayaran: RM45 setiap kanak- kanak

Projek Inspirasi Seni Coding

Ini pula kerjasama di antara ILHAM Gallery dan CodeJuniors. Bengkel pengekodan ini sesuai untuk anak- anak berusia 8 hinga 11 tahun dan projek yang dijalankan adalah berdasarkan hasil seni Chia Yu Chian bertajuk “People and Places in Kuala Lumpur”.

Tarikh: 26 Mei (Ahad)

Masa: 11.30 a.m. – 1.00 p.m. & 2.00 p.m. – 3.30 p.m.

Tempat: ILHAM Gallery, ILHAM Tower, Jalan Binjai, Kuala Lumpur

Bayaran: RM70 setiap kanak- kanak

Imaginatricks

Ayuh bawa keluarga anda menyaksiakan persembahan Imaginatricks dan anda pasti akan terpukau dengan bakat pelakon lagak ngeri, penari dan juara dunia peluncur ais. Nikmati persembahan satu jam yang padat dengan aksi akrobat, tarian kabaret dan lawak jenaka. Pastinya ini satu persembahan yang anda tidak mahu ketinggalan sama sekali!

Tarikh: 25 Mei 2019 (Sabtu) hingga 24 Mei 2020 (Ahad)

Masa: 4.00 p.m. & 8.00 p.m. setiap hari

Tempat: Genting International Showroom

Bayaran: RM196 (Preferred)/RM146 (PS1)/RM96 (Gallery)

Kids Programmes by Leaderonomics

Program Kepimpinan Kanak- Kanak

Adakah anda berminat untuk memupuk kualiti kepimpinan di dalam diri anak anda? Mungkin program yang dianjurkan oleh Leaderonomics ini bersesuaian sekali. Program ini disusun dalam bentuk garis cerita yang membantu anak anda dalam kemahiran komunikasi dan pengucapan awam. Aktiviti ini sesuai bagi kanak- kanak berusia 8 hingga 10 tahun. Anda boleh mendapatkan tiket di sini.

Tarikh: 25 Mei (Sabtu) & 26 Mei (Ahad)

Masa: 8.30 a.m. – 4.00 p.m.

Tempat: Dwi Emas International School, Shah Alam, Selangor

Bayaran: RM218.36 setiap peserta

Youth Start-Up Apprentice Workshop

Bengkel 6 hari ini bersesuaian dengan peserta berusia 11 hingga 15 tahun. Sasaran utama bengkel ialah membantu peserta memahami kemahiran yang mereka perlukan untuk merealisasikan impian sebagai usahawan. Kemahiran yang mereka pelajari selama 6 hari akan diaplikasikan di bazar jualan, dan mereka akan merasai sendiri pengalaman memasarkan produk sendiri. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang program dan membeli tiket di sini.

Tarikh: 27 Mei (Isnin) hingga 1 Jun (Sabtu)

Masa: 8.30 a.m. – 4.00 p.m.

Tempat: Pejabat Leaderonomics, Pusat Perdagangan Phileo Damansara, Petaling Jaya

Bayaran: RM491.31

Storytelling Activities di The Story Book

Bengkel Bercerita dan Lakonan

The Story Book adalah tempat terbaik melihat bagaimana sebuah cerita menjadi nyata dalam bentuk drama, nyanyian dan sesi bercerita. Di sinilah anak- anak boleh pelajari asas bercerita daripada Story Ninjas. milik Story Book sendiri. Bengkel ini memberi peluang kepada kanak- kanak menekuni teknik main peranan, penceritaan dan lakonan. Bengkel interaktif ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 4 hingga 10 tahun. Jangan lupa, anda perlu buat pendaftaran dan pembelian tiket di sini.

Tarikh: 25 Mei (Sabtu)

Masa: 2.00 p.m. – 5.00 p.m.

Tempat: The Story Book, E-1-13, Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur

Bayaran: RM100 setiap kanak- kanak

Mari Bercerita & Bengkel Pembuatan Coklat Bersama Ibubapa

Ayuh terokai sendiri keajaiban dunia Willy Wonka dan sertai sesi bercerita dengan karya Roald Dahl bertajuk ‘Charlie & The Chocolate Factory’ dan diikuti pula dengan bengkel pembuatan coklat bersama artisan coklat berpengalaman iaitu Love18 . Aktiviti ini bersesuaian dengan kanak- kanak berusia 5 tahun ke atas bersama ibu atau bapa atau penjaga. Dapatkan tiket anda di sini .

Tarikh: 31 Mei (Jumaat)

Masa: 10.30 a.m. – 12.30 p.m.

Tempat: The Story Book, E-1-13, Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur

Bayaran: RM150 setiap ibu/bapa/penjaga dan anak

Bengkel Upcycling

Bengkel ini mahu memperkenalkan konsep dan kepentingan “upcycling” kepada para peserta dengan memberi fokus kepada cara mengurangkan dan guna semula bahan-bahan dalam kehidupan harian kita. Selain daripada itu peserta akan belajar cara yang tersusun untuk mengasingkan bahan buangan plastik. Aktiviti ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 5 tahun ke atas, dan perlu ditemani oleh ibubapa atau penjaga. Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Tarikh: 25 Mei (Sabtu)

Masa: 9.00 a.m. – 12 tengah hari

Tempat: FRIM – MNS Nature Education Centre, FRIM Kepong

Bayaran: RM85 untuk anak pertama, RM65 untuk anak seterusnya, dan RM45 untuk ibu/bapa/ penjaga. (termasuk insuran, jamuan makan, bayaran masuk ke FRIM dan peralatan)

Hubungi:  03- 627 717 03 or email [email protected]

Hari Terbuka Junior Robotic Kids

Ilmu robotik adalah satu pilihan yang baik untuk ibubapa melatih anak- anak berdikari, berfikiran kritis dan mengasah kemahiran penyelesaian masalah. Bawalah anak- anak ke Hari Terbuka Junior Robotic Kids untuk melihat sendiri pelbagai aktiviti robotik di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Ibubapa yang mempunyai anak- anak berusia 6 tahun ke atas amat digalakkan hadir pada hari tersebut dan menikmati bonus sekiranya mendaftarkan anak mereka.

Tarikh: 26 Mei (Ahad)

Masa: 10.00 a.m. – 5.00 p.m.

Tempat: 7th Floor, Block B-3-3A, Setiawalk, Puchong

Bayaran: Percuma

Hubungi:  018 – 239 0488 / 018 – 872 3884

Kem Seni Penggal Pertengahan Cuti Sekolah 2019

Kem selama 3 hari ini dianjurkan oleh Art Genius, akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kraf untuk anak- anak anda menghabiskan cuti sekolah mereka. Semua bahan kraf akan disediakan oleh penganjur, beserta sarapan pagi, makan tengahari dan jamuan petang sepanjang kem berlangsung. Kem ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 5 hingga 12 tahun. Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Tarikh: Minggu 1 – 27 Mei (Isnin) hingga 29 Mei (Rabu), Minggu 2 –  3 Jun (Isnin) hingga 5 Jun (Rabu)

Masa: 9.00 a.m. – 5.00 p.m.

Tempat: Art Genius, 2-10, PV 128, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

Bayaran: RM320 setiap peserta (3 hari seminggu), RM640 setiap peserta (6 hari untuk 2 minggu)

Bengkel Seni Penulisan Kreatif

Bengkel yang dianjurkan oleh Leeds Learning Academy, selama 3 hari akan memperkenalkan teknik penulisan kreatif dengan cara yang paling menyeronokkan. Bengkel akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan permainan, belajar cari menulis plot cerita dan watak, dan mencipta situasi yang membolehkan cerita yang dicipta menjadi nyata. Peserta- peserta akan mendapat peluang berkongsi cerita pada hari penutup dan mengadakan sesi temubual bersama pembaca.

Tarikh: 28 Mei (Selasa) hingga 30 Mei (Khamis)

Masa: 9.00 a.m. – 5.00 p.m.

Tempat: Universiti Malaya, Jalan Universiti, Kuala Lumpur

Bayaran: RM 550 setiap kanak- kanak (termasuk makan tengah hari dan minum petang, bahan- bahan bengkel, alatulis dan sijil penyertaan) Diskaun RM50 diberikan kepada tambahan peserta yang mendaftar ke program yang sama.

Hubungi: 010 – 771 4670 (Mrs Danaraj)


Artikel ini adalah sebuah kerjasama antara Makchic / Makchic Suri dan Kidxy.

Kidxy merupakan laman web yang mengumpulkan maklumat aktiviti untuk kanak- kanak di Malaysia. Kidxy mahu membantu mengatur pelbagai aktiviti untuk anak- anak anda berdasarkan minat, bakat dan perkembangan umur semasa mereka.

Para peminat cilik Ejen Ali pasti teruja dengan Karnival Ejen Ali yang akan berlangsung di Sunway Velocity Mall Main Atrium (Ground Floor) pada 20 Mac sehingga 2 April 2019 sempena cuti persekolahan Mac ini. Kawasan Main Atrium Sunway Velocity Mall akan berubah menjadi Ejen Ali MATA Academy ‘obstacle course’ dan para agen kecilnya akan berpeluang menyertai pelbagai misi yang mendebarkan!