Ambil peluang menerokai dan mencuba sesuatu yang baru bulan April ini. Pelbagai aktiviti keluarga menanti semua!


1.Pet Fiesta 2019

Anda penggemar haiwan kesayangan? Kunjungi Pet Fiesta 2019, sebuah pesta haiwan kesayangan bertemakan “Colour Play” yang berwarna-warni! Ada pelbagai jenis haiwan kesayangan seperti arnab, kucing, anjing dan hamster yang pastinya comel dan menyeronokkan!

Tarikh & Masa : 5 April (Jumaat) – 7 April (Ahad), 11pg-9mlm

Tempat : Hall 1 & 2, Setia City Convention Centre, Shah Alam

Bayaran : RM5/dewasa, masuk adalah percuma untuk pelawat perdagangan, warga emas dan kanak-kanak di bawah 12 tahun


2.Disney On Ice: Mickey’s Super Celebration

Sempena ulangtahun ke-90 tahun Disney, Disney On Ice mempersembahkan satu persembahan istimewa bersama Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck dan Goofy. Mereke juga ditemani oleh ramai lagi puteri-puteri Disney seperti Moana, Princess Jasmine, Cinderella, dan adik-beradik diraja Arendelle, Anna dan Elsa. Tentunya suatu persembahan yang tidak boleh dilepaskan!

Tarikh & Masa : 5 April (Jumaat), 7.30 mlm, 6 April (Sabtu), 11 mlm/3.30 ptg./7.30mlm, 7 April (Ahad), 11 pagi/3.30 ptg.

Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam

Harga tiket: RM308, RM258, RM208, RM168, RM128, RM88
*Harga tidak termasuk fi tiket RM4 dan caj tempahan

Klink di sini untuk info lebih lanjut.


3.Chuck Chicken Junior Warriors 2019

Ayuh para perwira! Pertandingan paling mengujakan akan bermula di Malaysia pada 6 dan 7 April 2019 (pusingan kelayakan). Kategori umur adalah berbeza, bermula dari Bawah 6 tahun sehingga bawah 12 tahun. Untuk informasi lanjut, klik di sini.

Tarikh: Pusingan kelayakan kedua bermula 6 April (Sabtu) dan 7 April (Ahad). Jualan tiket berakhir pada 3 April 2019.

Tempat: Hall 5, KLCC Convention Centre

Yuran: RM60/peserta (termasuk 1 pek pertandingan, 1 pas masuk dan 1 peluang ke peringkat seterusnya)


4.Baby Shark Soap Making Workshop

Jom luangkan waktu belajar cara membuat sabun yang menyeronokkan! Aktiviti ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 4 hingga 6 tahun, tetapi jangan lupa, buat tempahan terlebih dahulu ya! Hubungi Phoebe di talian +6016 5211152 untuk maklumat lanjut.

Tarikh dan masa : 6 April (Sabtu), 10.30 a.m. – 12.30 p.m.

Tempat : Playground Cafe, Arcoris Mont Kiara

Yuran :RM50 (dewasa/kanak- kanak)


5.Utopia by Smart Kids Asia

Oh seronoknya ada taman permainan “inflatable” pertama di Malaysia! Nikmati warna- warni belon, gelongsor gergasi, permainan realiti maya, bebola zorb bersaiz manusia dan ada juga pertandingan mewarna!

Tarikh dan masa : 6 April (Sabtu) and 7 April (Ahad), 10 a.m. – 8 p.m.

Tempat : Hall 5, Kuala Lumpur Convention Centre

Yuran : RM10/ kanak- kanak (tiada had masa)


6. Storytelling: Mother Goose’s Tales (Bahasa Inggeris)

Kanak- kanak pastinya teruja dapat mendengar sendiri cerita daripada karya hebat Charles Perrault daripada siri hikayat Mother Goose seperti Little Red Riding Hood dan Puss in Boots. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat menikmati nyanyian kegemaran sekeluarga seperti Humpty Dumpty, Mary’s Little Lamb dan The Black Sheep’s Wool. Sesi ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 3 hingga 6 tahun dan perlu mendaftar terlebih dahulu.

Tarikh dan Masa : 6 April (Sabtu), 10.30am – 11.30am

Tempat : The Story Book, E-1-13, Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur

Yuran : RM10 (dewasa/ kanak- kanak)

Pendaftaran di sini.


7. Mari Bercerita : James and The Peach (Bahasa Inggeris)

Sesi ini akan menggabungkan sesi mari bercerita daripada buku Roald Dahl dan aktiviti sains (pembuatan payung terjun dan eksperimen pertempuran) dilaksanakan oleh jurulatih daripada Opstopus. Sesuai untuk kanak- kanak berusia 6 hingga 11 tahun.

Tarikh dan masa : 13 April (Sabtu), 1.30 p.m. – 3 p.m.

Tempat : The Story Book, E-1-13, Plaza Arkadia, Desa Parkcity, Kuala Lumpur

Yuran : RM100 (beserta sebuah buku Roald Dahl bernilai RM29.95)/ RM90 (tanpa buku)

Daftar di sini.


8. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019

Bawa anak- anak anda ke sini untuk dapatkan pelbagai buku hebat pada harga yang sangat menjimatkan!

Pesat Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sedang berlangsung sekarang di PWTC. Dapatkan maklumat lanjut di sini.

Tarikh dan waktu : Setiap hari sehingga 7 April, 10 a.m – 9 p.m

Tempat : PWTC, Kuala Lumpur

Yuran : Percuma


9. Little Swappies 2.0 at Sampah, Menyampah and FriendsEARTH Weekend 

Little Swappies 2.0 akan berlangsung di Sampah, Menyampah dan Friends’ EARTH Weekend. Ini adalah acara di mana kanak- kanak berusia 1 hingga 12 tahun akan bertukar- tukar pakaian sesama mereka. Maklumat lebih lanjut di sini. Ibubapa juga tidak akan ketinggalan kerana acara yang sama akan berjalan serentak untuk orang dewasa juga.

Pra-pendaftaran di sini dan jangan lupa sila baca syarat- syarat dengan teliti ya!

Tarikh dan masa : 14 April (Ahad), 3 pm – 4pm

Tempat : The School @ Jaya One (Tingkat 1)


10. DPULZE International Rabbit and Cavy Show 2019

Seronoknya dapat berjumpa dengan kawan- kawan comel dan gebu! Ayuh ke DPULZE kerana di sana anda boleh bermain dengan haiwan kesayangan, si arnab dan lain- lain binatang kecil dan comel yang akan dipamerkan pada hujung minggu ini.

Di sana juga akan berlangsung International Rabbit and Cavy Show, diadili oleh pengadil terkenal antarabangsa seperti Melissa Mangee (USA) dan Arie Wardhani (Indonesia).

Tarikh dan masa : 13 April (Sabtu) sehinggal 14 April (Ahad), 10 a.m – 6 p.m

Tempat : Tingkat Bawah, DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya


11. Sayur In The City: School Holiday Programme April 2019

Dedahkan anak- anak anda kepada dunia alam sekitar dan haiwan! Usah jadikan gaya hidup di bandar menjadi halangan untuk anak- anak mengenali alam sekitar dengan lebih baik.

Aktiviti luar ini direka khas untuk mengasah kreativiti anak- anak dengan cara belajar menanam sayur- sayuran dan pelbagai lagi. Anak anda bukan saja belajar menghasilkan makanan sendiri tetapi juga belajar cara menjaga tubuh badan, pilih makanan yang sihat, berdikari menyediakan makanan tengah hari, di samping menghargai alam sekitar dengan lebih baik.

Pendaftaran di sini.

Tarikh dan masa : 15 April (Isnin) sehingga 24 April (Rabu), 9 a.m. – 2 p.m.

Tempat : Eats, Shoots, & Roots, Bukit Damansara

Yuran : RM120 (1 hari)/kanak- kanak, RM340 (3 hari)/kanak- kanak, RM630 (6 hari)/kanak- kanak

Maklumat tambahan : Program ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 4 hingga 8 tahun, makan tengah hari akan disediakan bersama- sama kanak- kanak yang terlibat.


 12. The Lost Egg Hunt (Perkhemahan 2 Hari 1 Malam)

Raikan Easter dengan keseronokan berkhemah bersama keluarga. Ibubapa dan anak- anak akan bekerja dalam satu pasukan, mencari “telur yang hilang”! Mari belajar asas kemahiran luar seperti mendirikan khemah, tanggungjawab ketika kembara malam dan memupuk rasa cinta menikmati pemandangan bintang di langit.

Tarikh dan masa : 20 April (Sabtu) sehingga 21 April (Ahad). Daftar masuk pada 1.30 pm pada 20 April (Sabtu) dan daftar keluar pada tengah hari 21 April (Ahad).

Tempat : Janda Baik, Pahang

Lihat di sini untuk lebih maklumat.


13. Aktiviti- aktiviti di Galeri ILHAM sepanjang bulan April

  • Art Discovery Tour

Sertai Art Discovery Tour di mana kanak- kanak akan dibimbing untuk mengenali semua bahan pameran di galeri ILHAM, di samping mengikuti sesi gerak kerja seni. Aktiviti ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 5 hingga 12 tahun (ditemani penjaga masing- masing). Kanak- kanak berusia 4 tahun yang pernah menyertai sebelum ini juga boleh dipertimbangkan. Sila hubungi [email protected] untuk maklumat lanjut atau layari website.

Tarikh dan waktu : 2 April (Selasa), 10.00 a.m hingga 12.30 p.m DAN 3.00 pm hingga 5.30 p.m

Yuran : RM30/ kanak- kanak, percuma untuk ibubapa dan penjaga.

  • What Lies Above The Sky? (Sesi bercerita dan lukisan berinspirasikan galaksi)

Kanak- kanak akan mendengar cerita daripada Nor Azhar Ishak, pemenang anugerah, penulis, ilustrator dan pencerita tersohor, kemudian diikuti dengan aktiviti melukis oleh kanak- kanak berinspirasi galaksi. Aktiviti ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 6 hingga 12 tahun (ditemani oleh ibubapa).

Tarikh dan masa : 2 April (Selasa), 10.00 a.m – 12.00 p.m dan 3.00 p.m – 5.30 p.m

Yuran : RM65 (termasuk kit lukisan)

  • Bengkel DIY T- Shirt Iron-On Workshop

 Ayuh reka sendiri iron-on-t-shirt dan pelajari teknik alih haba dalam percetakan. Aktiviti ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 4 hingga 12 tahun (kanak- kanak bawah 9 tahun mesti ditemani oleh ibu atau bapa).

Tarikh dan masa : 9 April (Selasa), 10.30 a.m – 11.30 am dan 3.30 p.m 0 4.30 p.m

Yuran : RM45/ kanak-kanak. Boleh bawa t-shirt sendiri atau beli di bengkel pada harga RM8.

  • Making Modern Art with Magnets

Ayuh kita reka magnet berinspirasikan seni moden. Aktiviti ini sesuai bagi kanak- kanak berusia 3 hingga 5 tahun (ditemani ibu atau bapa).

Tarikh dan masa:17 April (Rabu), 10.30 a.m. – 11.30 a.m.

Yuran: RM45/kanak- kanak

  • Bengkel Kaca Mata 3D

Pelajari cara pengunaan warna, penapis warna dan buat kaca mata 3D anda sendiri! Aktiviti ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 4 hingga 12 tahun (kanak- kanak bawah 9 tahun mesti ditemani oleh penjaga).

Tarikh dan masa: 17 April (Rabu), 3.30 p.m. – 4.30 p.m.

Yuran: RM45/kanak- kanak

  • Projek Inspirasi Seni Pengkodan

Sertai bengkel pengkodan ini untuk kanak- kanak berusia 5 hingga 8 tahun, bertemakan Easter : Peter Rabbit Easter Egg Hunt

Tarikh dan masa: 21 April (Ahad), 2p.m. – 3.30 p.m.

Yuran: RM80/ kanak- kanak


14. Code Juniors Activities

  • Explorer Juniors Coding Camp

Ini peluang terbaik untuk kanak- kanak berusia 9 hingga 15 tahun belajar asas pengekodan dan pengaturcaraan komputer. Pelajar akan berpeluang melihat sendiri bagaimana permainan komputer di bina dengan pengaturcaraan Scratch, memprogram sendiri Micro:bit saiz poket dan membina aplikasi mudah alih menggunakan App Inventor. Kem pengekodan ini akan berlangsung dalam masa 3 hari dan anda boleh daftar di sini.

Tarikh dan masa : 8 April (Isnin) sehinggal 10 April (Rabu), 9.30 a.m – 12.30 p.m

Tempat : Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur

Yuran : RM445

Kanak- kanak berusia 5 hingga 8 tahun juga boleh belajar pengkodan komputer! Kem ini akan memperkenalkan konsep teknologi milik pereka dengan menggunakan kaedah mudah dipelajari, menyeronokkan, bersama kit teknologi pembelajaran dan kursus pengkodan visual. Kanak- kanak juga akan belajar mengkod dengan MIT mesra kanak- kanak dan pengaturcaraan visual blok Google. Daftar segera di sini.

Kem 1
Tarikh dan masa: 8 April (Isnin) hingga 10 April (Rabu), 9.30 a.m. – 12.30 p.m.

Tempat: Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur

Yuran: RM445

Kem 2
Tarikh dan masa: 18 April (Isnin) hingga 19 April (Wednesday), 9.30 a.m. – 12.30 p.m.

Tempat: Arkadia, Desa Parkcity

Yuran: RM300

  • Kem Cuti : Combo Scratch 3.0 and Micro:bit

Dalam kem ini pelajar- pelajar akan meneroka asas rekaan dan pembangunan permainan komputer menggunakan Scratch. Pelajar- pelajar juga akan memprogram Micro:bit bersaiz poket sebagai kawal kepada permainan komputeri mereka. Daftar di sini.

Kem 1
Tarikh dan masa: 15 April (Isnin) hingga 17 April (Rabu), 9.30 a.m. – 12.30 p.m.

Tempat: Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur

Yuran: RM445 + RM84 untuk 1 set Micro:bit (harga biasa RM120, diskaun 30%)

  • Kem Robotik Lego

Sertai kem kreatif untuk kanak- kanak berusia 6 hingga 10 tahun! Di sini mereka akan belajar pengkodan dengan cabaran menarik dengan membawa personaliti masing- masing ke dalam rekaan. Terdapat 5 model berbeza dengan fungsi seperti sensori, SFX, dan pergerakan yang akan di gunakan agar rekaan LEGO mereka “bernyawa”! Daftar di sini.

Kem 1
Tarikh dan masa: 11 April (Khamis) hingga 12 April (Jumaat), 10.30 a.m. – 4.30 p.m.

Tempat: Arkadia, Desa Parkcity

Yuran: RM495

Kem 2
Tarikh dan masa: 15 April (Isnin) hingga 17 April (Rabu), 1.30 p.m. – 4.30 p.m.

Tempat: Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur

Yuran: RM495

  • Kem Phyton

Phyton adalah bahasa ideal yang wajib ada dalam simpanan seorang pengaturcara komputer. Ianya digunakan dalam pembangunan laman web, pembangunan perisian dan juga aplikasi saintifik. Kursus ini adalah untuk pemula berusia 10 hingga 15 tahun, dengan pra-syarat boleh menaip dengan baik.

Tarikh dan masa: 15 April (Isnin) to 17 April (Rabu), 9.30 a.m. – 12.30 p.m.

Tempat: Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur

Yuran: RM495

Maklumat penting untuk kelas Code Juniors :

Semua kelas diajar dalam Bahasa Inggeris

Sila bawah tab Android, iPad atau komputer riba. (Ada disediakan, siap cepat dia dapat)

Sarapan disediakan pada sesi pagi

  • Acara Pengekodan Khas

Peter Rabbit Easter Egg Hunt di Arkadia, Desa Parkcity dan Galeri ILHAM

Lokasi 1
Sertai keseronokan dalam misi memburu telur Easter! Aktiviti ini sesuai untuk kanak- kana berusia 5 hingga 8 tahun.

Tarikh dan masa: 19 April (Jumaat), 2 p.m. – 3.30 p.m.

Tempat: Arkadia, Desa Parkcity

Lokasi 2
Tarikh dan masa: 21 April (Ahad), 2 p.m. – 3.30 p.m.

Tempat: Galeri ILHAM

Yuran: RM88/kanak- kanak

Daftar di sini.


15. Backyard Birding

Backyard Birding adalah aktiviti yang membolehkan peserta menghargai dan mengagumi kecantikan burung- burung. Aktiviti ini akan diketuai oleh pakar dari Malaysian Nature Society (MNS), di mana peserta akan belajar cara yang tepat menggunakan teropong, dan cara mengenalpasti pelbagai spesis burung yang ada di lapangan. Aktiviti ini sesuai untuk kanak- kanak berusia 5 tahun ke atas (ditemani oleh penjaga). Untuk maklumat lanjut, sila lihat di sini.

Tarikh dan masa: 27 April (Sabtu), 7.30 a.m. – 11.30 a.m.

Tempat: FRIM – MNS Nature Education Centre, FRIM Kepong

Yuran: RM85 seorang, RM65 seorang untuk anak kedua, ketiga dan seterusnya. RM45 untuk penjaga (yuran termasuk insurans, jamuan, tiket masuk FRIM, peralatan dan fasilitator MNS.


16. Kejuruteraan Kimia @ EFK Center, Sri Hartamas

Ayuh terjun ke dunia reaksi kimia yang menyeronokkan! Pelajari bagaiman reaksi kimia menghasilkan pelbagai elemen yang misteri dan mengujakan di dalam program ini. Di dalam kelas ini, para jurutera muda akan diperkenalkan kepada konsep asas pepejal, cecair dan solusi.

Tarikh dan masa: Setiap hari Sabtu sehingga 27 April (Sabtu) pada waktu- waktu berikut– 10 a.m. – 11.30 a.m./12 p.m. – 1.30 p.m.

Tempat: EFK Centre @ Sri Hartamas

Harga: RM440 (8 sesi), RM250 (4 sesi), and RM70 (1 sesi). Kelas percubaan disediakan untuk pelajar baru. Untuk maklumat lanjut, email [email protected]


17. Robotics 101 @ Me.reka, Publika Shopping Gallery

Ini adalah peluang untuk pelajar- pelajar berusia 4 hingga 14 tahun merancang, membina, menguji dan mengubahsuai rekaan robotik mereka sendiri! LEGO EV3 atau LEGO Education WeDo digunakan untuk mengasah minda kreatif mengadun konsep matematik dan mengujinya sambil membina pengetahuan robotik yang lebih baik, pengkomputeran dan prinsip kejuruteraan.

Tarikh dan masa: Setiap hari Ahad bermula 28 April (Ahad), pada masa berikut – 12 p.m. – 1.30 p.m./2.30 p.m. – 4 p.m./4 p.m. – 5.30 p.m.

Tempat: Me. reka, Publika Shopping Gallery

Yuran: RM440 (8 sesi), RM250 (4 sesi), and RM70 (1 sesi). Kelas percubaan disedikan untuk pelajar baru pada setiap hari Ahad pertama setiap bulan. Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected]


18. Project Haans Untuk Kesedaran Autisme 2019

Acara ini dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama- sama Hospital Pantai Kuala Lumpur bersempena dengan Bulan Kesedaran Autisme dalam bulan April. Antara acara yang akan dijalankan termasuklah forum, demonstrasi sensori oleh ahli terapi pekerjaaan dan dan bazar oleh Autism Cafe Project Malaysia.

Topik forum adalah seperti berikut :

Keibubapaan Anak Austime – Perjalanan dan Padanan Pekerjaan, Bimbingan Kerjaya dan Inklusi. Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook dan Instagram Projek Haans Untuk Kesedaran Autisme. Untuk menempah, sila isi borang di sini atau hantarkan email ke [email protected]

Tarikh dan masa : 27April (Sabtu) pada jam 8.45 a.m hingga 12.00 p.m

Tempat : Auditorium, Tingkat 9, Blok A, Hospital Pantai Kuala Lumpur


Artikel ini adalah sebuah kerjasama antara Makchic / Makchic Suri dan Kidxy.

Kidxy merupakan laman web yang mengumpulkan maklumat aktiviti untuk kanak- kanak di Malaysia. Kidxy mahu membantu mengatur pelbagai aktiviti untuk anak- anak anda berdasarkan minat, bakat dan perkembangan umur semasa mereka.

Pengarang

From our team of purposeful, multi-faceted mummies. For editorial or general enquiries, email to us at [email protected]

Ruangan komen telah ditutup.