fbpx

“Semasa saya masih kecil, saya lihat banyak perkara menakutkan yang dilaporkan dalam berita. Ibu saya akan berkata kepada saya, “Cari orang yang memberikan bantuan dalam situasi itu. Kamu akan sentiasa jumpa orang yang sibuk memberikan bantuan.” – Encik Rogers, pendidik di Amerika Syarikat.

Peraduan Hari Ibu #MakchicAndMe pada tahun ini mengangkat kaum ibu yang selalu sibuk memberi bantuan dan sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik kepada komuniti. Dalam situasi yang tidak disangka-sangka seperti sekarang ini, laporan berita yang kita lihat sangatlah menakutkan dan membimbangkan. Namun kita juga ada mendengar tentang golongan yang menghulurkan bantuan dalam situasi sekarang ini – golongan yang memberikan sinar harapan kepada mereka yang sedang terlantar sakit, kelaparan, tiada tempat tinggal, memerlukan perlindungan, atau sekadar inginkan suntikan semangat dalam diri mereka.

Berikan pengiktirafan kepada ibu yang layak

Kita semua pasti kenal seseorang di kalangan kita yang memainkan peranan penting dalam memberikan bantuan kepada para petugas barisan hadapan, menyelamatkan haiwan liar yang berkeliaran di jalanan, membina rumah, menyertai marathon untuk mengumpul dana, menjadi sukarelawan soup kitchen untuk gelandangan, memberikan kelas tuisyen di rumah anak yatim, atau membina sistem bekalan air untuk penduduk di kawasan pedalaman.

Kongsikan kisah mereka dan mereka berpeluang memenangi Care Package iaitu pakej memanjakan diri di rumah:

Care Package Partners untuk Peraduan Hari Ibu 2020 #MakchicAndMe menyediakan pakej memanjakan diri ini untuk tiga ibu bertuah. Kami juga akan menyiarkan kisah pemenang dan menyertakan sekali pautan untuk projek atau bantuan yang dihulurkan oleh pemenang tersebut dalam artikel pemenang peraduan di makchic.com. Orang yang bertanggungjawab mencalonkan mereka sebagai pemenang juga akan menerima goodie bags.

Ikuti langkah berikut

Jika anda ingin kawan, saudara atau diri anda sendiri memenangi peraduan ini anda hanya perlu:

  1. Muatnaik kisah tentang pengorbanan si ibu itu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu orang lain di Facebook atau Instagram dengan menggunakan tanda pagar #MakchicAndMe. Kemudian, emelkan screenshot kepada [email protected]; dan
  2. Like Makchic dan Makchic Suri di Facebook, serta Follow @makchic dan @makchicsuri di Instagram.
  3. Jangan lupa untuk tag si ibu tersebut dan jika boleh sertakan sekali gambar atau video. Anda boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Ikuti akaun media sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini tentang peraduan ini. Sila kongsikan maklumat tentang peraduan ini supaya kaum ibu yang hebat ini mendapat penghargaan yang selayaknya buat mereka. Mari sama-sama penuhi ruang internet dengan harapan dan inspirasi.

Peraduan ini tamat pada 8 May 2020, jam 5 petang.


Terma dan syarat Peraduan Hari Ibu 2020 #MakchicAndMe

  1. Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas, kecuali kakitangan makchic dan saudara terdekat mereka atau sesiapa yang berkaitan dengan pihak organisasi dan pengadil peraduan.
  2. Melalui penyertaan ini, peserta memberikan persetujuan untuk mengikuti terma dan syarat yang telah ditetapkan penganjur.
  3. makchic mempunyai hak untuk menggunakan setiap penyertaan beserta gambar dan video untuk tujuan pengiklanan dan bukan pengiklanan termasuklah editorial, laman web dan media sosial tanpa sebarang kos. Nama peserta peraduan akan dinyatakan dalam tujuan ini.
  4. Tiada yuran penyertaan dikenakan dan tiada bukti pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan ini. Tiada hadiah alternatif dalam bentuk tunai akan ditawarkan.
  5. Peraduan ini dijalankan di laman Facebook serta Instagram makchic dan makchic suri, serta emel kepada [email protected]
  6. Tarikh tutup peraduan pada 8 May 2020, jam 5 petang. Selepas tarikh ini tiada sebarang penyertaan akan dibenarkan.
  7. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap penyertaan yang tidak diterima atas sebarang alasan.
  8. Syarat dan cara penyertaan adalah seperti berikut:
    1. Muatnaik kisah mengenai seorang ibu (kawan, saudara, atau diri anda sendiri) di Facebook atau Instagram tentang bagaimana dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kebaikan komuniti, sebagai contoh membantu petugas barisan hadapan, menyelamatkan haiwan liar yang berkeliaran di jalanan, membina rumah tempat berlindung untuk golongan kurang bernasib baik, menyertai marathon untuk mengumpul dana, menjadi sukarelawan soup kitchen untuk gelandangan, memberikan kelas tuisyen di rumah anak yatim, membina sistem bekalan air di kawasan pedalaman. Gunakan tanda pagar #MakchicAndMe kemudian emelkan screenshot tersebut kepada [email protected]; dan
    2. Like dan Follow @makchic DAN @makchicsuri di Facebook serta Instagram.
  9. Sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti peperangan, gangguan awam atau ketenteraan atau sebarang kejadian yang diluar bidang kuasa pihak penganjur, makchic berhak membatalkan atau membuat perubahan pada peraduan serta terma dan syarat yang telah ditetapkan terdahulu tanpa sebarang notis. Sebarang perubahan yang dilakukan akan dimaklumkan dengan secepat mungkin oleh makchic kepada peserta peraduan.
  10. makchic tidak bertanggungjawab bagi sebarang maklumat yang tidak tepat mengenai hadiah yang ditawarkan kepada pemenang melalui pihak ketiga yang terbabit dengan peraduan ini.
  11. Pemenang peraduan akan diberitahu melalui emel dan/atau DM di Instagram/Facebook dalam masa 24 jam selepas tarikh tamat peraduan. Jika pemenang tidak dapat dihubungi, makchic berhak untuk menarik kembali hadiah yang ditawarkan dan menawarkannya kepada pemenang ganti.
  12. Setiap keputusan adalah muktamad.
  13. Peraduan ini beserta terma dan syarat penyertaan adalah di bawah undang-undang kerajaan Malaysia dan sebarang pertikaian adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah di Malaysia.
  14. Pemenang bersetuju untuk membenarkan penggunaan nama dan imej mereka bagi tujuan publisiti termasuklah karya penyertaan mereka. Sebarang maklumat peribadi berkaitan pemenang atau peserta peraduan lain akan digunakan berdasarkan undang-undang perlindungan data dan tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran peserta peraduan.
  15. Promosi ini tidak ditaja, disokong atau ditadbir oleh, atau berkaitan dengan Facebook dan/atau Instagram.
Pengarang

Umirra adalah ibu kepada dua orang puteri. Selain gemar berangan menjelajah dunia secara solo, dia menulis untuk berkongsi pengalaman dan berharap penulisannya dapat dijadikan panduan serta hiburan buat pembaca.

Ruangan komen telah ditutup.

Like page kami!

Wadah mama papa kontemporari


This will close in 30 seconds