Aktiviti bermain adalah aktiviti kebiasaan yang akan dilakukan oleh anak-anak, namun tahukah anda ia sebenarnya adalah sangat penting untuk pembangunan mental, fizikal dan sosial anak-anak?

Pada 24 November 2019 yang lepas, team makchic dan makchic Suri telah menganjurkan sebuah acara menarik bersempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2019 dengan berkolaborasi bersama beberapa rakan aktiviti bermain seperti Lindees,  Play4Play’Sake, Anyaman Preschool, POP!, Toy Libraries Malaysia dan The Nesting Heart.

Rakan aktiviti kami adalah pakar di dalam bidang permainan kanak-kanak, dan bersama mereka kami telah meraikan kebebasan dan hak untuk bermain di kalangan anak-anak!

Melalui bengkel yang telah diadakan, ibubapa telah belajar pelbagai strategi dan idea praktikal untuk bermain dengan kanak-kanak berdasarkan umur mereka. Mereka juga belajar mempersiapkan ruang bermainan yang sesuai untuk anak-anak di rumah, dan bagaimana untuk menggalakkan anak-anak bermain dengan barangan buangan mudah yang mencetuskan kreativiti dan merangsang minda untuk berimaginasi.

Selain dari itu, sementara ibubapa belajar,  anak-anak juga mempunyai akses penuh kepada taman permainan Lindees, di mana persekitarannya selamat untuk anak-anak menzahirkan emosi, kreativiti dan kebebasan mereka. Para ibubapa yang menyertai kami sangat gembira dengan ilmu baru yang mereka pelajari, dan tentunya para anak-anak tak mahu pulang kerana terlalu seronok bermain.

Untuk menyokong usaha Toy Libraries Malaysia memberikan lebih peluang bermain kepada semua anak-anak di Malaysia, tak kira latarbelakang, kami turut mengalu-alukan derma barang permainan yang masih elok untuk diberikan kepada pihak Toy Libraries Malaysia. Sudut pendermaan di Lindees masih lagi dibuka sehingga esok, 30 November 2019!

Terima kasih tidak terhingga kepada semua peserta Hari Kanak-Kanak 2019 makchic x Lindees, rakan aktiviti dan rakan tiket kami, Kidxy.

Jika anda terlepas untuk menyertai acara ini, jangan lupa teruskan “follow” kami di Instagram dan Facebook untuk lebih banyak lagi acara di masa akan datang!

Pengarang

From our team of purposeful, multi-faceted mummies. For editorial or general enquiries, email to us at [email protected]

Ruangan komen telah ditutup.