Banner

Dah ada idea nak bawa keluarga ke mana cuti sekolah nanti?

Jika anda sudah mula mencari, pasti ada banyak lagi persoalan lain yang bermain di fikiran. Percutian keluarga lebih rumit dan tidak begitu fleksibel jika dibandingkan dengan percutian bulan madu atau percutian bersama rakan. Untuk percutian yang melibatkan anak-anak, datuk dan nenek ikut bersama, amat penting untuk kita membuat perancangan yang rapi merangkumi aktiviti, kos, perjalanan dan masa.

Kalau anda tidak mahu pergi jauh, di sini ada 5 cadangan destinasi mesra keluarga yang boleh anda pertimbangkan di dalam Malaysia.

Pilihannya sangat trendy malah berbaloi untuk perbelanjaan anda!

1. The Sticks Guide

Kredit foto : The Sticks Guide di Facebook

Lokasi : Lot 213 Jalan KKB,  Frasers Hill, Kuala Kubu Baharu 44000, Malaysia

Laman web :  http://thesticks.my/

Generasi ibu bapa Xennials dan sebelumnya pasti tertarik dengan konsep kembali ke alam semulajadi di The Sticks ini.

Bercuti di pinggiran sungai sambil mengimbau kenangan masa kecil mereka amat meriangkan, dan anak-anak juga dapat merasa pengalaman yang sama.

Kredit foto : The Sticks Guide di Facebook

Ada 8 jenis tendoks (gabungan khemah dan pondok) yang unik untuk penginapan. Anda juga tidak perlu risau tentang makanan kerana hidangan lazat disediakan sebagai sebahagian daripada pakej penginapan.

Kredit foto :The Sticks Guide di Facebook

Inilah masa untuk berehat bersama keluarga tanpa gajet dan media sosial. Tapi anda masih boleh ambil selfie dengan flora dan fauna sebagai kenangan!

2.Tiarasa Escapes Glamping Resort

Kredit foto : Tiarasa Escapes di Facebook

Lokasi: Lorong Enderong, Janda Baik, Bentong 28750, Malaysia

Laman web: https://www.tiarasaescapes.com/

Tiarasa Escapes masih lagi baru dibuka, dan kini mereka menawarkan 30% harga penginapan sehingga 15 Disember 2018.Ada 4 jenis penginapan berkonsepkan khemah safari (Dragonfly, Hornbill, Rajah Brooke) dan treetop villas (Ficus). Semua pilihan terjamin cantik, luas dan selesa.

Banyak aktiviti ditawarkan di dalam resort mahupun di sekitar Janda Baik. Aktiviti yang sering menjadi bualan di laman review dan media sosial adalah piknik di tepi sungai dan makan malam barbeku di bawah cahaya bulan dan bintang.

Kredit foto: Tiarasa Escapes di Facebook

Di sinilah pengalaman glamping yang lain dari yang lain, bercuti gaya hebat seperti insta-famous!

3. Rosa Malacca

Kredit foto: Rosa Malacca di Facebook

Lokasi: 212, Jalan Parameswara, 75000 Melaka, Malaysia.

Laman web: https://rosa.com.my/

Ingin bercuti sambil membawa anak-anak mengenali budaya dan sejarah?

Destinasi terbaik yang terlintas di fikiran pastinya Melaka yang dikenali dengan nama Melaka Bandaraya Bersejarah, turut diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.

Kredit foto: Rosa Malacca di Facebook

Melaka pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan British selama beratus-ratus tahun. Kesan peninggalan sejarah silam yang boleh dilawati ialah Kota A Famosa, Kota St. John, Bangunan Stadthuys dan gereja-gereja lama. Semua ini boleh dijadikan modal bercerita kepada anak-anak. Sambil bercuti, sambil belajar kan?

Hotel Rosa Malacca adalah pilihan penginapan popular kerana banyak kelebihan dari segi harga, seni reka, mutu servis dan lokasi. Lokasinya tidak jauh dari Jonker Street, hanya akan ambil masa 5-10 minit jika anda memandu.

Kredit foto: Rosa Malacca di Facebook

Setelah seharian berjalan di tempat-tempat bersejarah, berehatlah di Rosa Malacca yang menawarkan gaya urban yang elegan.

4. Legoland Malaysia

Kredit foto: Laman web rasmi Legoland Malaysia

Lokasi: 7 Jalan Legoland, Johor Bahru 79250, Malaysia

Laman web: https://www.legoland.com.my/

Hotel Legoland Malaysia terkenal dengan taman tema dan juga taman tema air yang terletak bersebelahan dengan hotel. Kebanyakan keluarga memilih pakej penginapan secara terus dengan pihak Legoland Malaysia kerana lebih mudah dan sesuai jika ingin menikmati keseronokan taman tema sepanjang hari.

Kredit foto: Legoland Malaysia di Instagram

Hotel Legoland Malaysia dilengkapi fasiliti dan dekor luar biasa dari LEGO, pastinya akan menjadi kenangan indah yang tidak dapat dilupakan anda sekeluarga.

Kredit foto: Legoland Malaysia di Instagram

Tetapi jika anda mahu kurangkan kos, masih ada opsyen lain kerana hotel-hotel berdekatan juga ada menawarkan pakej untuk taman tema ini. Atau mungkin rancang lebih awal untuk mendapatkan pakej murah ke taman tema Legoland semasa promosi seperti Matta Fair. Tepuk dada tanya selera.

5. Kunang Kunang Heritage Villas

Kredit foto: Kunang Kunang Heritage Villas di Instagram

Lokasi : Lot 1947 A Jalan Pantai Cenang | Kampung Gelam, Langkawi 07000, Malaysia

Laman web: https://www.instagram.com/kunangkunangheritagevillas

Pulau Langkawi memang pilihan yang mainstream dan tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai pilihan penginapan dan tempat menarik untuk dikunjungi.

Antara aktiviti disyorkan ialah menaiki Kereta Kabel Langkawi, melihat senja berlabuh di Pantai Cenang, menyusuri Sungai Kilim dengan menaiki bot untuk menikmati tarikan alam semulajadi di Kilim Geoforest Park.

Kredit foto: Kunang Kunang Heritage Villas di Instagram

Jika anda rindukan pengalaman asli kampung, menginaplah di Kunang Kunang Heritage Villa. Bilik penginapan di sini berkonsepkan rumah-rumah kampung Melayu klasik, realitinya secantik gambarnya. Berbeza sekali dengan suasana hiruk pikuk kota, persekitaran kampung dan sawah padi yang damai pasti membantu menenangkan fikiran.

Kredit foto: Kunang Kunang Heritage Villas di Instagram

Lokasinya strategik berdekatan Pantai Cenang dan Lapangan Terbang Langkawi berjarak sejauh 2 km sahaja. Khidmat sewa basikal dan kereta juga disediakan oleh pihak resort.

Dan tak namanya datang ke Langkawi kalau tak shopping! Sebelum berangkat pulang, jaga-jaga, takut bagasi terlebih muatan pula.

Tujuan utama percutian adalah untuk semua orang berehat dan berseronok bersama keluarga masing-masing. Semoga setiap apa yang dilakukan berjalan seperti apa yang dirancang.

Selamat bercuti dari keluarga makchic Suri!

Pengarang

Diyana ialah seorang ibu kepada seorang cahayamata berumur 5 tahun dan bekerja sepenuh masa di dalam bidang IT. Ketika tidak bekerja, dia suka bersosial dan berjalan-jalan dengan anak kesayangannya. Mereka sama-sama melihat dunia dengan penuh kekaguman, rendah hati, sifat ingin tahu dan minda yang terbuka.

1 Komen