fbpx
Kategori

Aktiviti & Acara

Kategori

Para peminat cilik Ejen Ali pasti teruja dengan Karnival Ejen Ali yang akan berlangsung di Sunway Velocity Mall Main Atrium (Ground Floor) pada 20 Mac sehingga 2 April 2019 sempena cuti persekolahan Mac ini. Kawasan Main Atrium Sunway Velocity Mall akan berubah menjadi Ejen Ali MATA Academy ‘obstacle course’ dan para agen kecilnya akan berpeluang menyertai pelbagai misi yang mendebarkan!

Cuti sekolah penggal pertama bakal tiba! Di musim cuti sekolah Mac ini, bawa anak-anak mengunjungi dunia permainan penuh keseronokan Adventure Land di Main Concourse, Sunway Putra Mall dan jangan lepaskan peluang menemui watak kartun kegemaran mereka seperti Robocar Poli, PJ Masks dan Tobot.

Selain daripada itu, ada juga peluang untuk memenangi pelbagai hadiah daripada jenama permainan popular kanak-kanak seperti L.O.L Surprise, Hello Kitty, Num Nums dan banyak lagi.

Sebuah acara khusus sedang berlangsung di Mid Valley Megamall untuk para peminat LEGO sempena pelancaran filem terbaru daripada francais The LEGO Movie 2 : The Second Part tahun ini.

Acara yang berlangsung dari 13 hingga 24 Februari 2019 ini  menampilkan sebuah pengalaman unik di mana para pengunjung berpeluang melawat  enam dunia berbeza di dalam The LEGO Movie 2.