fbpx
Category

Activity & Acara

Category

Kita kini hidup di dalam era inovasi, kemajuan dan teknologi. Kemahiran yang dahulunya penting kebanyakannya tidak lagi relevan dan sudah lapuk ditelan zaman. Anak-anak yang lahir pada abad ke-21 seharusnya memiliki pelbagai set kemahiran baru untuk berjaya di masa hadapan. Kemahiran-kemahiran ini mungkin juga pernah dilihat sebagai tidak penting, namun kini ia menjadi satu keperluan. Kebanyakan dari kemahiran ini tidak boleh “diajar” , sebaliknya ia perlu dipupuk dari kecil.

Jangan risau! Ia bukanlah sesuatu yang sukar. Di sini kami senaraikan enam kemahiran penting yang perlu dikuasai setiap anak abad ke21, termasuklah cara mudah untuk ia dipupuk dari rumah.

1. Pemikiran kritis

Sumber: Novakid

Dalam era informasi yang terlampau banyak, anak-anak memerlukan alatan atau kaedah yang boleh membantu mereka menilai informasi melalui pemikiran kritis. Anda boleh mula memupuk kemahiran ini supaya mereka akan lebih pandai menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bijak.

Langkah-langkah yang boleh diambil:

  • Fokus kepada “Kenapa” dan “Bagaimana”: Apabila anak memahami “mengapa” sesuatu perkara berlaku, ia mengajar mereka menerima dan memahami dengan lebih mendalam. Teruskan proses berfikir itu dengan bertanya “Bagaimana anda tahu?”. Dengan cara ini, mereka belajar mengumpulkan bukti untuk menyokong pendapat atau idea mereka. Galakkan mereka untuk berfikir dari pelbagai sudut dan perspektif, dan ajar mereka untuk menghormati kepelbagaiannya. Sentiasa galakkan anak-anak memikirkan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang melanda.
  • Galakkan bertanya soalan: Ibubapa yang mempunyai anak kecil mungkin sudah terbiasa dengan pelbagai soalan yang diajukan, seolah-olah kita adalah sebuah ensiklopedia 24 jam! Namun begitu, cuba bersabar dan ingat bahawa sifat ingin tahu ini adalah kunci utama pemikiran kritis.
  • Kurangkan sifat “spoonfeeding”: Ya, lumrah ibubapa untuk sentiasa menyelamatkan anak-anak kesayangan. Namun begitu, cuba bertahan dari terlalu cepat memberikan solusi atau jawapan. Beri mereka masa untuk berfikir dan menilai, supaya mereka belajar mendapatkan jawapan atau penyelesaian kepada masalah.

2. Komunikasi

Sumber: Nadia Johari

Anak-anak perlu belajar menguasai kemahiran berkomunikasi dengan efektif, supaya mereka dapat membina hubungan sosial yang bermakna. Dalam era globalisasi ini, penguasaan Bahasa Inggeris perlu dimulakan sedari kecil kerana ia adalah bahasa yang global.

Program imersif seperti kelas-kelas online di Novakid yang khusus untuk anak berumur 4-12 tahun boleh membantu mereka belajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan membina asas kepada literasi. Kelas ini dibuat berdasarkan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR), di mana setiap kelas berdurasi selama 25 minit. Bahan mengajar di dalam kelas virtual ini adalah sangat menarik dan mengujakan, dan para guru berbahasa Inggeris sangat pandai menarik perhatian para pelajar.

Apa kata cuba lakukan aktiviti-aktiviti literasi ini di rumah:

Langkah-langkah yang boleh diambil:

  • Bermain: Permainan berunsurkan literasi boleh dimain bersama-sama ahli keluarga. Sambil itu, anak-anak boleh belajar mengenali perkataan, ejaan dan bunyi huruf.
  • Bermain “role play” atau berlakon: Galakkan anak bermain “role play” dan bereksperimen dengan pelbagai watak. Sediakan alatan mainan yang kena dengan tema menggunakan bahan mudah dan biarkan anak-anak berimaginasi!
  • Berbual dan bercerita: Cuba berbual dengan anak-anak dengan lebih kerap dan berikan masa kepada mereka untuk memberikan respons kepada jawapan yang ditanya.

3. Kreativiti

Sumber: Unsplash

Rekaan dan inovasi yang memudahkan hidup kita sekarang dahulunya bermula sebagai sebuah imaginasi dan hasil dari kreativiti seseorang. Ekonomi dan masyarakat moden dipacu oleh mereka yang mempunyai imaginasi yang tinggi. Untuk seseorang individu, kreativiti memperbaiki kemampuan intelektual, keupayaan mental dan kemahiran sosial.

Gunakan topik yang meluas di dalam perbualan dengan anak-anak, dan biarkan mereka menerokai topik yang diminati. Jika anda tidak pasti di mana untuk bermula, program pertuturan intensif bersama Novakid boleh memupuk kreativiti dan meningkatkan keyakinan dan daya pertuturan mereka dalam Bahasa Inggeris. Pakar bahasa sendiri akan memberikan sokongan kepada ibubapa untuk melakukan aktiviti ini di rumah.

Program Time2Talk dan Virtual Explorer akan mempersiapkan bakal pemidato anda untuk bercakap mengenai berbagai topik yang menarik seperti seni, muzik, kemanusiaan, dunia moden dan purba, alam sekitar dan banyak lagi!

Di sini ada banyak lagi cara untuk menggalakkan kreativiti dalam diri anak-anak:

Langkah-langkah yang boleh diambil:

  • Sediakan permainan subjektif atau “open-ended”: Beli permainan yang tahan lama dan klasik seperti Lego, bongkah kayu dan jubin magnetik. Permainan seperti ini memberikan peluang untuk anak berimaginasi dan belajar menyelesaikan masalah.
  • Apresiasi seni: Sediakan persekitaran yang kaya dengan hasil seni, muzik dan lakonan untuk memberikan inspirasi kreatif kepada anak. Nyanyi bersama anak-anak kecil dan biarkan mereka menyanyi dengan lirik sendiri bertemakan perkara kegemaran mereka seperti makanan, haiwan kesayangan atau kacamata nenek! Lupakan kit seni yang memerlukan langkah spesifik dan gantikan dengan aktiviti yang lebih fokus kepada proses seni itu sendiri.
  • Tanya “Bagaimana jika?”: Soalan ini boleh menggalakkan mereka berfikir tentang kemungkinan. Ini juga membantu mereka menjadi lebih kreatif.

4. Kewarganegaraan Digital

Sumber: Lea Azleeya 

Ah, kita semua sukakan Internet! Dengan teknologi moden yang akan kekal selamanya di sini, amatlah penting untuk anak-anak menguasai kemahiran digital untuk berkomunikasi secara lebih efektif dengan orang lain di seluruh dunia. Selain belajar selok belok dunia digital, mereka juga perlu tahu tentang keselamatan atas talian, sekuriti cyber dan kesihatan digital beserta tanggungjawabnya.

Langkah-langkah yang boleh diambil:

  • Gunakan kaedah pembelajaran beradun: Jangan hentikan kelas online kerana ia boleh memberikan pembelajaran yang berstruktur, dikawalselia dan lebih mudah untuk membina sifat kewarganegaraan digital. Kita semua pun tahu bahawa kelas online mempunyai kebaikannya tersendiri, seperti tidak perlu bergegas di waktu pagi dan memberi ruang kepada pelajar untuk belajar dengan rentak sendiri.
  • Belajar etika digital: Memang mudah untuk mengabaikan emosi apabila berkomunikasi secara virtual. Namun begitu, ajar anak untuk berfikir sejenak: “Adakah anda akan mengatakan benda yang sama sekiranya kawan anda berada di sebelah anda?”
  • Gunakan sumber atas talian: Gunakan teknologi untuk mengajar kemahiran utama ini. Cuba lihat bahan pembelajaran Kewarganegaraan Digital di laman Common Sense Media ini untuk membantu anda bermula mengajar di rumah. Ia percuma saja!

5. Pembelajaran Sosial dan Emosi

Sumber: TeachHUB

Ini adalah kemahiran penting supaya anak-anak dapat membesar dengan kesihatan yang menyeluruh. Kita semua tahu bahwah kesihatan mental dan kegembiraan adalah berkait rapat. Keupayaan untuk menguruskan emosi dan membina hubungan positif amat penting untuk berjaya di dalam semua aspek kehidupan, buat masa sekarang dan masa hadapan.

Langkah-langkah yang boleh diambil:

  • Mulakan jurnal kesyukuran: Jangan berhenti setakat mengatakan “terima kasih” sahaja. Sifat bersyukur dan berterima kasih boleh dipupuk dengan lebih mendalam melalui tulisan di dalam jurnal kesyukuran. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran menulis dan literasi , dan juga ruang untuk mengekspresikan diri.
  • Amalkan setiap hari: Permainan berunsurkan pembelajaran sosial dan emosi boleh diadaptasi di dalam rutin seharian. Idea-idea di sini sangat menarik dan menyeronokkan!
  • Pupuk sifat yakin diri: Ada banyak cara untuk memupuk keyakinan diri, termasuklah memberikan tanggungjawab kepada anak, memberikan maklum balas yang seimbang dan memberi peluang kepada anak membuat keputusan berkaitan perkara yang sesuai dengan umurnya.

6. Kesedaran badan

Sumber: Unsplash

Kesedaran badan merangkumi kesedaran ruang, kemahiran motor dan aktiviti fizikal dan kesihatan menyeluruh. Ini semua juga sangat penting kerana dunia moden ini cabaran besar oleh teknologi, pembangunan bandar dan perubahan gaya hidup.

Selain itu, aspek kesedaran badan yang juga sangat penting ialah memahami konsep persetujuan dan sempadan badan. Kita perlu memperkasakan anak-anak dengan pengetahuan ini supaya mereka dapat melindungi diri dari perkara buruk seperti gangguan seksual. Anak-anak perlu tahu bahawa mereka mempunyai hak dan harus dihormati.

Langkah-langkah yang boleh diambil:

  • Permainan fizikal: Ada banyak cara untuk bermain secara fizikal supaya anak dapat menguatkan kemahiran motor dan kesedaran badan. Cuba permainan seperti Simon Says, atau permainan berhalangan. Ibubapa boleh juga mengajak anak bermain aktiviti luar.
  • Biasakan meminta izin: Jangan paksa anak untuk mencium atau memeluk seseorang tanpa kerelaan mereka. Ajar mereka cara lain untuk menunjukkan hormat. Anak-anak perlu tahu bahawa tubuh hanya milik mereka sendiri, dan semua orang mempunyai sempadan badan yang perlu dihormati. Perbuatan meminta izin ini perlu sentiasa diamalkan. Biasakan anak-anak supaya ia menjadi sebahagian dari amalan hidup mereka.

Semoga anak-anak abad ke-21 kita selamat dan berjaya! #makchicmumtribe. Masa hadapan cerah menanti mereka!


Ini adalah artikel biayaan Novakid.

Jika anda sedang mencari cara mudah dan efektif untuk mempersiapkan anak anda dengan 6 kemahiran penting abad ke-21, Novakid boleh membantu. Kurikulum Bahasa Inggerisnya direka khas oleh pakar pembelajaran jarak jauh yang memberikan kualiti dan pengalaman pembelajaran individu yang menyeronokkan. Ia sesuai untuk anak berumur 4-12 tahun.

Novakid kini menawarkan harga promosi RM99 untuk 4 kelas pertama. Daftar di sini.

 

Perdana Menteri Malaysia baru sahaja mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan hingga 14 April 2020. Sudah pasti kita semua hampir ketandusan idea apakah aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga di rumah. Seminggu pun sudah hampir gila dibuatnya!

Jangan panik dan cepat stres! Yang penting sekali kita perlulah lihat dari sisi positif disebalik apa yang berlaku ini.

Jika selama ini kita sibuk dengan jadual harian masing-masing, gunakanlah kesempatan ini meluangkan masa bersama keluarga. Duduk semeja makan bersama,  dan carilah aktiviti yang mudah dan menghiburkan. Manfaatkan waktu bersama.

Inilah juga masanya untuk sama-sama mengemas rumah, bersihkan segala tombol pintu, lantai dan permukaan yang menjadi medan virus tersebar.

Disini, kami kongsikan beberapa idea dan aktiviti yang boleh dibuat bersama di rumah:

1. Serlahkan kebolehan anda di dapur

Jika selama ini anda mengeluh tidak mempunyai masa untuk mencuba resepi baru, inilah masanya! Ajak sekali pasangan dan anak-anak untuk mencuba. Terdapat ramai chef terkemuka seperti chef bintang Michelin Massimo Bottura serta Jamie Oliver yang membuat online tutorial untuk resepi-resepi popular mereka. Ramai juga chef tempatan seperti Ili Sulaiman dan Anis Nabilah yang turut kongsi cara masak yang sihat dan mudah. 

Kredit foto: Ili Sulaiman

2. Cari hobi baru

Melancong – hobi ini terpaksalah dilupakan seketika. Bagi yang gemar membaca pula, mungkin sudah tamat semua buku yang tertangguh. Ini masanya mencari hobi baru! Bagi mereka yang mempunyai ruang, mungkin anda boleh cuba bercucuk tanam di rumah? Selain itu boleh juga gunakan kesempatan ini untuk mengubahsuai perabot dan perhiasan dalam rumah, barulah tidak bosan melihat susunatur yang sama setiap hari! Buat anda yang gemar menulis dalam blog atau menyimpan jurnal sebelum ini, mungkin ini masanya untuk kembali aktif menulis.

3. Daftar kursus online

Mungkin sudah acapkali tertangguh, inilah masanya untuk anda akhirnya belajar bermain alat muzik seperti gitar! Search saja di YouTube, banyak tutorial yang boleh diikuti dengan mudah. Dengan adanya laman web seperti Duolingo, belajar bahasa ketiga pun macam menarik juga. Senanglah nak menonton drama Korea tanpa sarikata, kan? Laman web seperti Coursera dan Skillshare juga boleh dilayari untuk pelbagai kursus percuma.

4. Jangan lupa bersenam

Dengan perintah kawalan  pergerakan ini, anda pastinya tidak menggunakan otot-otot sebanyak yang biasanya anda lakukan. Jadi, jangan lupa untuk memperuntukkan sedikit masa untuk bersenam. Ia bukan sahaja bermanfaat untuk tubuh anda, tetapi juga untuk minda anda – terutamanya dalam mengurangkan anxiety pada tempoh yang tidak menentu ini.

5. Rehatkan diri

Bekerja dari rumah, menjaga kanak-kanak dan isi rumah sudah tentu akan membuat anda lesu. Jangan lupa untuk mengambil masa berehat. Tonton Netflix atau ganti waktu tidur yang terganggu. Jika anak-anak tidak memberi anda me-time, berilah mereka  menggunakan tablet sebentar. Cuba layari pautan di bawah ini untuk mengalihkan perhatian anak-anak kepada sesuatu yang lebih berguna:

Youtube

Laman web

Kredit foto: artortoise

Apa yang penting, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah turut sama membantu ‘menyelamatkan’ negara dari pandemik ini dengan #dudukrumah dan hanya keluar jika perlu seperti untuk membeli barang keperluan harian. Jika tidak, sia-sialah kita berkurung hampir sebulan lamanya untuk menghapuskan Covid-19.

Untuk kaum ibu, kita berjaya melalui 44 hari tempoh berpantang. Kita tentu boleh mengharungi 28 hari ini!

Cuti sekolah sudah bermula! Apa kata tengok acara-acara menarik untuk mengisi masa di bulan penuh keseronokan ini!

Madagascar The Musical

Beli tiket di sini.

Tarikh: 5 Disember (Khamis), 6 Disember (Jumaat), 7 Disember (Sabtu), and 8 Disember (Ahad)

Masa: 11.00 a.m., 3.00 p.m. and 8.30 p.m.

Tempat: Plenary Hall, KLCC, 21, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

Yuran: Premium (RM498), VIP (RM368), CAT A (RM268), CAT B (RM188), CAT C (RM98)

Umur: Kanak-kanak di bawah 3 tahun tidak dibenarkan masuk

Holiday Camp: Hello to the World of Communication

Informasi lanjut : English Champ  , 013-292 8251 (Isnin-Ahad, 9am-5pm)

Pendaftaran boleh dibuat di sini.

Tarikh: 2 Disember (Isnin) – 6 Disember (Jumaat)

Masa: 9.00 a.m. – 12.00 p.m.

Tempat: English Champ, No 1-8 (First Floor), One ATempat, Dataran Pelangi Utama, Jalan Masjid PJU 6A, 47400, Petaling Jaya

Yuran: RM70 sehari. Tambah RM30 untuk lawatan pada 5 Disember

Big Bad Wolf Book Sale Kuala Lumpur 2019

Tarikh: 6 Disember (Jumaat) – 16 Disember (Isnin)

Masa: Setiap hari, buka 24 jam

Tempat: MIECC, The Mines, Level 2, MIECC, Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan

Yuran: Percuma

Belajar memasak bersama Tedboy @ JayaOne

Daftar di sini (tempat adalah terhad!)

Tempat: Tedboy @ JayaOne, 100-G.037, Level G, The School Jaya One No, 72A, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya

  • Spaghetti & Ravioli Pasta Making

Tarikh: 1 Disember (Ahad)

Masa: 10.30 a.m. – 12.30 p.m.

Yuran: RM50

  • Steam Bao with Duck or Chicken

Tarikh: 8 Disember (Ahad)

Masa: 10.30 a.m. – 12.30 p.m.

Yuran: RM50

  • 1000 Layer Puff Pastry

Tarikh: 15 Disember (Ahad)

Masa: 10.30 a.m. – 12.30 p.m.

Yuran: RM50

  • Christmas Cookie and Cupcake

Tarikh: 22 Disember (Ahad)

Masa: 10.30 a.m. – 12.30 p.m.

Yuran: RM50

  • Cake and Fruit Pop Class

Tarikh: 29 Disember (Ahad)

Masa: 10.30 a.m. – 12.30 p.m.

Yuran: RM50

Kidzania Family & Friends

·       Christmas Joy

Beli tiket di PouchnationEventbrite, atau terus di kaunter tiket KidZania.

Tarikh: 21 Disember (Sabtu)

Masa: 6.30 p.m. – 10.00 p.m.

Tempat: KidZania, Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya

Yuran: RM100 untuk 4 orang, RM35 untuk 1 tiket (beli sebelum 20 Disember), RM50 untuk 1 tiket (pembelian pada hari acara).

·       New Year’s Countdown

Beli tiket di sini.

Tarikh: 31 Disember (Selasa)

Masa: 6.30 p.m. – 10.00 p.m.

Tempat: KidZania, Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya

Yuran: RM100 (4 orang), RM35 (seorang)

Great British Circus

Beli tiket di sini.

Tarikh: 6 Disember (Jumaat) – 1 Januari (Rabu)

Masa: 5.30 p.m. and 8.30 p.m.

Tempat: Space Area, Anggun City Rawang, Laman Lanai @ MaTiC

Yuran: RM25 – RM80

Kids Woodworking Holiday Programme

Tempah tiket di sini : 016-5550063.

Tarikh: 2 Disember (Isnin), 4 Disember (Rabu), 16 Disember (Isnin), 18 Disember (Rabu)

Masa: 10.00 a.m. – 3.00 p.m.

Tempat: Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, 48, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Yuran: RM250

Umur: 7 – 15 tahun

The Extraordinary Ordinary Earth: A nature discovery programme with an interplanetary twist

Daftar di sini atau hubungi Ken di 013 287 0711.

Tarikh: 14 Disember (Sabtu)

Masa: 8.00 a.m. – 12.00 p.m.

Tempat: Kota Damansara (alamat hanya akan diberikan kepada peserta yang akan hadir)

Yuran: RM50 (dewasa) , RM100 (kanak-kanak)

Umur: 4 -16 tahun. Mesti ditemani ibubapa/penjaga.

Gingerbread House Decorating Workshop

Hubungi 011-28720083 untuk mendaftar.

Tarikh: 1 Disember (Ahad) – 22 Disember (Ahad)

Masa: 11.00 a.m. – 2.00 p.m.

Tempat: Upperhouse Kitchen And Dessert Bar, 27A, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur

Yuran: RM90

Umur: 5 – 10 tahun

Code Junior Disember School Holiday Programme

Daftar di sini.

Tempat: Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, 48, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

·       Little Juniors Save Our Species Camp

Tarikh: 9 Disember (Isnin) – 11 Disember (Rabu)

Masa: 9.30 a.m. – 12.30 p.m.

Yuran: RM445 seorang

Umur: 5 – 8 tahun

·       Build Your Own Website

Tarikh: 9 Disember (Isnin) – 11 Disember (Rabu)

Masa: 9.30 a.m. – 12.30 p.m.

Yuran: RM445 seorang

Umur: 10 – 16 tahun

·       Sphero Bot Challenge Camp

Tarikh: 9 Disember (Isnin) – 11 Disember (Rabu)

Masa: 1.30 p.m. – 4.30 p.m.

Yuran: RM445/pax

Umur: 8 – 11 years old

The Parenthood School Holiday Camp

Daftar di sini.

Tarikh seperti berikut:

Sunway Pyramid West: 2 Disember (Isnin) – 6 Disember (Jumaat)

Sunway Putra Mall: 9 Disember (Isnin) – 13 Disember (Jumaat)

Masa: 10.00 a.m. – 6.00 p.m.

Tempat: The Parenthood, Sunway Pyramid West and Sunway Putra Mall

Yuran: RM800 (pakej 5 hari)

Umur: 5 – 12 years old

Party Friends: A Fun and Interactive Day With Horses

Daftar di sini.

Tarikh: 3 Disember (Selasa)

Masa: 8.00 a.m. – 4.00 p.m.

Tempat: Majlis Ekuin Malaysia Stable @ MAEPS Serdang.

Yuran: RM250

Umur: 7 – 15 tahun

Vease Nutrition – Junior Nutri Chef

Anjuran : Vease Nutrition

·       Farm Visit & Vege Pasta Workshop

Daftar di sini.

Tarikh: 7 Disember (Sabtu)

Masa: 9.30 a.m. – 12.00 p.m.

Tempat: Lot 2343, Batu 26, Jalan Broga, 46150 Semenyih (Fireflies Farm, Semenyih)

Yuran: RM52.20 (adults) & RM61.20 (child)

Umur: 3 tahun ke atas

·       Gingerbread Cookies Baking Workshop

Daftar di sini.

Tarikh: 14 Disember (Sabtu)

Masa: 11.00 a.m. – 12.30 p.m.

Tempat: 悠YOÜ Space, Level 1,  The School by Jaya One, 72A, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya

Yuran: RM72

Umur: 3 tahun ke atas

·       Candy Cane Cookies Workshop

Daftar di sini.

Tarikh: 21 Disember (Sabtu)

Masa: 2.00 p.m. – 4.00 p.m.

Tempat: Mid Point Shopping Centre, G9 G10, Jalan Pandan Indah 1/25, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur

Yuran: RM45 (untuk kumpulan 2-4 orang – 1ibu/bapa, 2 anak ATAU 2 ibu/bapa, 2 anak

Umur: 3 tahun ke atas

FRIM – MNS Nature Education Centre (NEC) Warming Planet Camp

Tempah tiket di sini.

Tarikh: 6 Disember (Jumaat) – 8 Disember (Ahad)

Tempat: FRIM-MNS Nature Education Centre, Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Kepong

Yuran: RM320 (ahli MNS) & RM350 (bukan ahli)

Umur: 8 – 15 tahun

Engineering For Kids

Anjuran: Engineering for Kids

Tempah tiket di sini.

Tarikh: Setiap hari dari 23 November (Sabtu) – 19 Januari (Ahad)

Masa:  Isnin – Jumaat (5.00 p.m. – 6.30 p.m.), Sabtu (10.00 a.m. – 11.30 a.m. or 12.00 p.m. – 1.30 p.m), Ahad (12.00 p.m. – 1.30 p.m. or 2.30 p.m. – 4.00 p.m.)

Tempat: Engineering For Kids, No. 7-2, Jalan Sri Hartamas 7, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Yuran: 1 kelas (RM70), 4 kelas (RM250) and 8 kelas (RM440). Dapatkan 7% diskaun apabila membeli melalui Kidxy.

Umur: 4 – 14 tahun

Dinosaur Encounter

Pusat Sains Negara.

Tarikh: Sabtu hingga Khamis. Jumaat tutup.

Masa: 9.00 a.m. – 5.00 p.m.

Tempat: Pusat Sains Negara, Persiaran Bukit Kiara Bukit Damansara, Bukit Kiara, 50662 Kuala Lumpur

Yuran: Dewasa (RM15), Kanak-kanak 4-12 tahun (RM12), Warga Emas (RM5), 3 tahun ke bawah (percuma)

Teddy Bear Teatime

Tarikh: 8 Disember (Ahad)

Masa: 2.30 a.m. – 5.30 p.m.

Tempat: The Private Room, Ritz-Carlton Kuala Lumpur, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Yuran: RM160 dewasa, RM115 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun


Artikel ini adalah sebuah kerjasama antara Makchic / Makchic Suri dan Kidxy.

Kidxy merupakan laman web yang mengumpulkan maklumat aktiviti untuk kanak- kanak di Malaysia. Kidxy mahu membantu mengatur pelbagai aktiviti untuk anak- anak anda berdasarkan minat, bakat dan perkembangan umur semasa mereka.

Like page kami!

Wadah mama papa kontemporari


This will close in 30 seconds