Kategori

Anak Istimewa

Kategori

Disleksia adalah masalah pembelajaran kanak-kanak yang sering di salaherti. Antara label yang sering dikaitkan dengan disleksia adalah “lembap”, “tak pandai” ataupun “bodoh”. Lebih mengecewakan, kanak-kanak yang menghidapi disleksia mudah ketinggalan dalam pembelajaran atau tidak dihiraukan langsung oleh guru di tadika atau sekolah kerana mereka tidak dapat mengikuti kaedah pengajaran konvensional.

Pada dasarnya, naluri keibuan sayalah yang memberitahu, “Ada sesuatu yang tidak kena.”

Sambutan hari lahir pertama anak saya ‘diserikan’ dengan tangisan yang kuat ketika semua tetamu menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’. Kami sukar untuk keluar ke mana-mana kerana dia akan menangis tanpa henti sehinggalah kami masuk ke dalam kereta. Pada usia 18 bulan, butir bicaranya masih tidak jelas, tanpa membentuk perkataan dengan sempurna.

Saya menunggu saat dia menunjuk ke arah objek atau orang lain. Hingga kini saya masih menunggu. Waktu makan juga menjadi satu masalah, sehinggalah ibu saya menemui satu cara khusus untuk memudahkan dia makan.