fbpx

Bayangkanlah

Buku terbitan pertama makchic ini adalah sebuah buku bergambar kanak-kanak yang menerangkan topik-topik penting mengenai keizinan, keselamatan diri dan batasan tubuh badan.

Klik di sini untuk senarai stokis.

Tentang Bayangkanlah

Melalui perjalanan karakter-karakter yang pelbagai, lakaran ilustrasi yang memikat hati, serta bacaan berirama yang mengasyikkan; buku ini mempersembahkan aneka senario yang menyentuh topik-topik penting tentang keselamatan diri dan batasan peribadi melalui sebuah persoalan utama: “Bayangkanlah…”

Buku ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak melindungi dan memupuk rasa tanggungjawab dalam mempertahankan tubuh badan mereka dengan meneroka kemahiran mandiri seperti meletakkan batas ruang peribadi, memahami dan meraikan emosi, dan mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak selamat.

Panduan perbincangan tentang keselamatan diri yang menyeluruh turut disediakan untuk membantu para ibu bapa dan pendidik memulakan perbualan penting ini bersama anak-anak.

Sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 8 tahun.

Baca ulasan buku kami di sini: Options The Edge, The Vibes, The Malaysian Reserve, Free Malaysia Today, Sinar Daily dan Kosmo!

Ditulis oleh

Kimberly Lee adalah seorang peguam, Pengarang Urusan makchic dan ibu kepada dua anak lelaki. Beliau penulis buku ‘Boys Don’t Fry’ (Macmillian US, 2023) dan percaya yang setiap kanak-kanak ada hak untuk bersuara. Beliau boleh dihubungi di www.kimberlyleebooks.com

Liyana Taff suka berkongsi tentang buku-buku dan percaya ia satu cara untuk memulakan perbualan yang menarik. Beliau Pengarah Projek Khas makchic dan ibu kepada empat cahaya mata. Mereka menggambarkan beliau sebagai seorang ibu yang “manis, ramah dan garang.”

Ilustrasi Oleh

Delia Razak adalah seorang ilustrator dan pereka bentuk visual yang suka melibatkan diri dalam projek-projek bernaratif menarik. Beliau seorang yang menyokong pemerkasaan hak kanak-kanak dan berasa seni lukisan mampu mempermudahkan penjelasan topik-topik yang berat. Beliau boleh dihubungi di www.deliarazak.com.

Teruskan Perbincangan…

Sila rujuk laman web kami untuk lembaran kerja yang boleh dimuat turun serta maklumat lanjut yang boleh membantu melengkapkan Panduan Perbincangan buku Bayangkanlah.

What-if-right-to-say-no-500x300

Stokis

1. APOM!

https://apom.my

Bangsar Village
F3C, Level 1 Bangsar Village 1, Bangsar, 59100, Kuala Lumpur

KLCC
Lot 257, Level 2 (Food Court Level), Suria KLCC, 50088, Kuala Lumpur

2. Cziplee

https://www.cziplee.com

Bangsar

1 & 3 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur

Tel: +603-2287 0699

Kajang

53-56 Jalan Tun Abdul Aziz, 43000, Kajang, Selangor

Tel: +603 8737 0699

3. Lit Books

https://litbooks.com.my

P-1-11 Tropicana Avenue, 12, Persiaran Tropicana, 47410, Petaling Jaya, Selangor

Pod in the Hood

https://shop.podinthehood.com

Unit 6, Ground Floor, WEIL Hotel, 292 Jalan Sultan Idris Shah, 30000, Ipoh

Tel: +6019 2202 883

Cziplee

Village Grocer, C1, Lot At-2, Lower Ground Floor, The Mall, Mid Valley Southkey,
No. 1, Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru, Johor.

Customer Careline: +6012 289 3767

Yichieh

yichieh.wong@gmail.com

dBookHaus

The Mall Gadong, Bandar Seri Begawan, Brunei, BE3519

Instagram

1. Little Lit Kid

https://www.littlelitkid.com

littlelitkid.sg@gmail.com

Instagram

2. Natventure Books

https://natventurebooks.com

Instagram

3. Ungu Pen

https://ungupen.com

Instagram

Untuk pertanyaan lanjut, sila emel:

makchic.whatif@gmail.com

Like page kami!

Wadah mama papa kontemporari


This will close in 30 seconds

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe to our email newsletter today to receive updates on the latest news, tutorials and special offers!