Tahukah anda, bulan Julai adalah bulan meraikan sahabat dan Hari Persahabatan Sedunia disambut pada 30 Julai setiap tahun?  Sempena bulan istimewa ini, sekumpulan sahabat baik mengembara dari Heartlake City untuk berjumpa dengan rakan-rakan baru melalui persembahan yang penuh semangat dan lincah di tama tema LEGOLAND Malaysia Resort. Mereka ini dikenali sebagai Olivia, Emma, Stephanie, Mia dan Andrea dari siri TV popular LEGO Friends!

Penerapan nilai-nilai murni

LEGO Friends berkisar mengenai kehidupan seharian dan keperibadian lima gadis yang sentiasa berganding bahu untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih indah. Di dalam siri ini, mereka menggambarkan keperibadian yang unik dan menerapkan nilai-nilai murni seperti tabah, kreatif, penyayang, dan pelbagai lagi. Ia dapat membantu anak-anak mengenali diri mereka sendiri, membentuk identiti dan kemahiran sosial yang positif pada peringkat umur yang masih muda.

Dalam persembahan selama 20 minit, peminat dapat menyaksikan Andrea, watak utama yang bersiap sedia untuk konsert tahunan Heartlake City. Para pengunjung juga digalakkan untuk memberi sorakan dan menyertai aksi bersama LEGO Friends yang dalam persiapan untuk persembahan terbesar mereka. Persembahan akan dipenuhi dengan nyanyian dan tarian bersama dengan himpunan lagu-lagu popular LEGO Friends iaitu ”BFF” dan ”Friends are Forever”.

Dengan penggunaan teknologi pemetaan visual, LEGO Friends Live Show juga akan memaparkan nyanyian secara interaktif untuk menggalakkan peminat untuk menyertai dan menari bersama. Peminat juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai watak kegemaran mereka melalui aktiviti sampingan di perkarangan LEGOLAND seperti “Heart Building Activity” dan “Super Friends Fun Find”.

Persembahan sepanjang tahun

Persembahan secara langsung LEGO Friends ini akan diadakan setiap hari pada 11.00 pagi, 1.00 tengahari, 3.00 petang dan 5.00 petang di LEGO City Stage. Pengunjung boleh membeli pas tahunan Triple-Park di laman web rasmi LEGOLAND untuk menikmati kesemua LEGO Friends Live Show.

Dengan pas tahunan, para tetamu dapat menikmati 12 bulan tanpa terhad ke dalam Taman Tema LEGOLAND Malaysia, Water Park dan SEA LIFE. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti, sila layari LEGOLAND Malaysia Resort melalui Facebook dan Instagram.

Pengarang

From our team of purposeful, multi-faceted mummies. For editorial or general enquiries, email to us at [email protected]

Ruangan komen telah ditutup.