Pengarang

Editorial

Melayari

Disleksia adalah masalah pembelajaran kanak-kanak yang sering di salaherti. Antara label yang sering dikaitkan dengan disleksia adalah “lembap”, “tak pandai” ataupun “bodoh”. Lebih mengecewakan, kanak-kanak yang menghidapi disleksia mudah ketinggalan dalam pembelajaran atau tidak dihiraukan langsung oleh guru di tadika atau sekolah kerana mereka tidak dapat mengikuti kaedah pengajaran konvensional.

Ambil peluang menerokai dan mencuba sesuatu yang baru bulan April ini. Pelbagai aktiviti keluarga menanti semua!


1.Pet Fiesta 2019

Anda penggemar haiwan kesayangan? Kunjungi Pet Fiesta 2019, sebuah pesta haiwan kesayangan bertemakan “Colour Play” yang berwarna-warni! Ada pelbagai jenis haiwan kesayangan seperti arnab, kucing, anjing dan hamster yang pastinya comel dan menyeronokkan!

Tarikh & Masa : 5 April (Jumaat) – 7 April (Ahad), 11pg-9mlm

Tempat : Hall 1 & 2, Setia City Convention Centre, Shah Alam

Bayaran : RM5/dewasa, masuk adalah percuma untuk pelawat perdagangan, warga emas dan kanak-kanak di bawah 12 tahun

Setiap ibubapa tentunya mahu menjadi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Hakikatnya, yang terbaik itu adalah subjektif. Walaupun sudah mempunyai ramai anak atau anak-anak sudah menginjak dewasa, kita sebagai ibu bapa masih tercari-cara gaya keibubapaan atau cara mendidik anak yang bersesuaian.

Sebenarnya, tiada satu gaya keibubapaan pun boleh digunapakai sama dengan ibu bapa lain. Ini kerana anak-anak yang lahir walaupun daripada ibu bapa yang sama mempunyai personaliti unik dan tabiat yg berbeza. Keunikan itu menjadikan setiap anak itu istimewa.

Para peminat cilik Ejen Ali pasti teruja dengan Karnival Ejen Ali yang akan berlangsung di Sunway Velocity Mall Main Atrium (Ground Floor) pada 20 Mac sehingga 2 April 2019 sempena cuti persekolahan Mac ini. Kawasan Main Atrium Sunway Velocity Mall akan berubah menjadi Ejen Ali MATA Academy ‘obstacle course’ dan para agen kecilnya akan berpeluang menyertai pelbagai misi yang mendebarkan!

Anak-anak yang membesar di zaman teknologi sememangnya tidak dapat lari daripada penggunaan gajet seperti komputer, tablet dan telefon pintar.

Penggunaan yang melampaui batas dan tidak terkawal tentunya mengundang kesan yang negatif dari segi perkembangan sosial dan fizikal. Namun begitu, penggunaan gajet dan teknologi untuk pembelajaran telah terbukti sebagai alat bantu belajar yang berkesan jika digunakan dalam suasana yang kondusif dan terancang.

Cuti sekolah penggal pertama bakal tiba! Di musim cuti sekolah Mac ini, bawa anak-anak mengunjungi dunia permainan penuh keseronokan Adventure Land di Main Concourse, Sunway Putra Mall dan jangan lepaskan peluang menemui watak kartun kegemaran mereka seperti Robocar Poli, PJ Masks dan Tobot.

Selain daripada itu, ada juga peluang untuk memenangi pelbagai hadiah daripada jenama permainan popular kanak-kanak seperti L.O.L Surprise, Hello Kitty, Num Nums dan banyak lagi.

Sebuah acara khusus sedang berlangsung di Mid Valley Megamall untuk para peminat LEGO sempena pelancaran filem terbaru daripada francais The LEGO Movie 2 : The Second Part tahun ini.

Acara yang berlangsung dari 13 hingga 24 Februari 2019 ini  menampilkan sebuah pengalaman unik di mana para pengunjung berpeluang melawat  enam dunia berbeza di dalam The LEGO Movie 2.

Amalan menggendong bayi (babywearing) bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Walaupun ia sesuatu yang kerap dipraktikkan pada masa dahulu , ia semakin meraih populariti di kalangan ibubapa moden yang memilih keibubapaan alami atau “natural parenting” dalam membesarkan anak mereka.

Kredit foto : Facebook Dr Izam Suziani

Benar, “babywearing” apabila dibuat menggunakan alatan gendong yang ergonomik berserta cara yang betul boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada penggendong dan bayi.

Kanak-kanak sememangnya gemar dan selesa dengan air, termasuklah bayi yang masih belum pandai merangkak. Kelas renang berkumpulan untuk bayi dan kanak-kanak adalah salah satu cara bersosial yang menyeronokkan, membantu membina keyakinan diri dan yang paling penting, mengajar mereka asas keselamatan dalam air.

Ibubapa seharusnya lebih berhati-hati apabila anak-anak bermain dengan air, walaupun hanya ketika waktu mandi. Jika anak anda sukakan air atau mungkin sukakan kelas renang secara berkumpulan, kami ada beberapa cadangan sekolah renang yang sesuai untuk mereka.

Note : Secara amnya, tempoh kelas adalah selama 30 minit dan memerlukan kehadiran seorang ibu, bapa atau penjaga sekiranya anak di bawah umur 3 tahun.