Penantian para peminat cilik hidupan laut kini berakhir! SEA LIFE Malaysia , sebuah akuarium bertemakan LEGO® interaktif pertama di negara ini  kini telah dibuka secara rasmi di LEGOLAND® Malaysia Resort, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Akuarium interaktif ini menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik yang menggabungkan pendidikan dan pemuliharaan hidupan laut. Dengan gabungan pendekatan imaginasi melalui LEGO®, penghuni SEA LIFE Malaysia terdiri daripada 13,000 hidupan laut daripada 120 spesies dari 11 zon habitat yang berlainan.

Pengalaman interaktif mengenali hidupan laut yang mempesonakan

Di antara kehidupan marin yang kini ditempatkan di 25 tangki ialah Stingray, Jerung Zebra, Black Tip Reef Shark, Seahorse, dan banyak lagi. Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti sesi bercerita, paparan interaktif dan touch pool di zon Rok Pool, zon habitat khas yang menempatkan hutan hujan Malaysia dan Stingray Bay dan Ocean Tank, tangki terbesar yang diisi dengan 400,000 liter air.

Merangkumi 6 meter panjang dan lebih dari 2 meter lebar, Ocean Tank menampilkan pengalaman yang menyeronokkan dan interaktif yang memperkenalkan kehidupan dan pemuliharaan laut. Di samping itu, para tetamu boleh melihat LEGO® Mini-Figures dan makhluk-makhluk laut LEGO® yang lain.

SEA LIFE Junior Rangers bersama Sharkie, maskot rasmi SEA LIFE Malaysia

Apa lagi, rancang percutian musim cuti sekolah akan datang dan lawati SEA LIFE Malaysia. Jangan lupa kongsi pengalaman anda bersama kami di Instagram atau Facebook! 🙂

Pengarang

From our team of purposeful, multi-faceted mummies. For editorial or general enquiries, email to us at [email protected]

Ruangan komen telah ditutup.