Membaca merupakan satu aktviti yang digalakkan untuk anak-anak. Selain mampu memberikan keterampilan komunikasi, aktiviti ini juga berpotensi melatih minda anak-anak untuk sentiasa aktif.

Walaubagaimanapun, menggalakkan anak-anak untuk membaca merupakan sesuatu yang mencabar buat segelintir ibu-bapa kerana anak-anak cenderung berasa bosan.

Mengikut pakar kanak-kanak, hal ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor kadar tumpuan anak-anak atau ‘attention span’. Kadar tumpuan anak-anak berbeza mengikut umur mereka dan ia secara amnya lebih pendek daripada kadar tumpuan orang dewasa.

Di sini kami senaraikan 5 destinasi buku yang mungkin boleh membantu anak kesayangan anda membaca tanpa rasa bosan.

1. Children’s Library, Islamic Arts Museum Malaysia (Kuala Lumpur)

Buntu memikirkan aktiviti untuk anak kesayangan anda setiap kali menjelang hujung minggu? Cuba tarik perhatian mereka dengan bengkel hujung minggu yang dianjurkan khas untuk anak-anak berusia 4-12 tahun di IAMM. Perpustakaan ini turut mempunyai pilihan buku yang pelbagai untuk kanak-kanak seperti buku mengenai sains, seni, sejarah dan juga fiksyen.

Kredit foto : Islamic Arts Museum Malaysia di Facebook

Alamat: Education Department,
Islamic Arts Museum Malaysia,
Jalan Lembah Perdana,
50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 6.00 petang)
Telefon: 03 2092 7070
Email: [email protected]
Laman Web: https://www.iamm.org.my/education/childrens-library/
Aktiviti/Kemudahan: Bengkel hujung minggu, aktiviti kraf harian dan Children’s Library Passport (CLiP)

2. PPAS Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam (Selangor)

Perpustakaan yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam ini merupakan antara destinasi buku yang bukan sahaja menarik tetapi interaktif untuk anak-anak anda. Selain mempunyai sumber buku kanak-kanak yang banyak, perpustakaan ini juga menyediakan pelbagai kemudahan di sudut-sudut menarik seperti Reading Tree, Zon Kreatif, Zon Interaktif dan Zon Siber.

Kredit foto: makchic

Alamat: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor PPAS
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda
Jalan Kelab Golf 13/6
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin (10.00 pagi – 7.00 malam)
Selasa – Jumaat (9.30 pagi – 7.00 malam)
Sabtu – Ahad (9.30 pagi – 7.00 malam)

Telefon: 03 5519 7667
Email: [email protected]
Laman Web: http://www.ppas.gov.my/index.php/perkhidmatan/kanak-kanak

Aktiviti/Kemudahan: Reading Tree, Zon Kreatif, Zon Interaktif dan Zon Siber, i-Step, Ubiq Window,
XBOX 360 Kinect, Surau Kanak-Kanak

3. My Library Sutera Mall (Johor)

Sekiranya anda mencari destinasi buku yang kaya dengan aktiviti yang mampu merangsang minda anak anda, My Library Sutera Mall ini adalah pilihan yang tepat. Perpustakaan pertama yang didirikan di dalam pusat membeli-belah ini kerap menganjurkan aktiviti dan bengkel yang menyeronokkan untuk anak-anak yang berkunjung ke sini.

Kredit foto: Tanah Sutera

Alamat: My Library
Lot L4-011, Level 4 Sutera Mall,
No 1, Jalan Sutera Tanjung 8/4,
Taman Sutera Utama,
81300 Skudai, Johor

Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi – 10.00 malam)
Telefon: 07-5599009
Email: [email protected]
Laman Web: www.mylibrary.my
Aktiviti/Kemudahan: Aktiviti bercerita, seni dan kraftangan, bengkel hujung minggu

4. i-PLAY TOY LIBRARY- Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (Pulau Pinang)

Bagi mama papa yang ingin membiasakan anak kesayangan anda dengan aktiviti membaca sejak kecil lagi, anda boleh cuba berkunjung ke perpustakaan ini sekiranya anda berada di sekitar Pulau Pinang. Ia juga mempunyai ‘indoor playground’ yang sesuai untuk anak-anak seusia 1-4 tahun.

Kredit foto: Ora Adzlin Blog

Alamat: Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
JKR 2118, Jalan Perpustakaan,
Seberang Jaya,
13700 Seberang Perai, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Ahad – Selasa (10.00 pagi – 5.30 petang)
Telefon: 04-3971058
Email: [email protected]
Laman Web: http://www.penanglib.gov.my
Aktiviti/Kemudahan: Play Learning Centre Toy Boxes, i-Play Toy Boxes Thematic

5. BookXcess Cyberjaya, Tamarind Square, Cyberjaya

BookXcess Cyberjaya di Tamarind Square adalah kedai buku 24 jam pertama seumpamanya di Malaysia dan telah menjadi salah satu destinasi buku popular di kalangan peminat buku. Dengan keluasan 37 000 kaki persegi, ia adalah cawangan BookXcess terbesar di Malaysia. Di dalamnya terdapat pelbagai seksyen yang sesuai untuk kanak-kanak dan seisi keluarga, termasuklah sebuah Children’s Corner, ruang membaca yang luas, event space untuk disewa dan sebuah cafe.

Kredit foto: Book Xcess di Facebook

Alamat : Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 10, 63000 Cyberjaya, Selangor

Waktu Operasi : 24 jam setiap hari

Telefon : 03-2726 2438

Laman web : https://www.bookxcess.com/

Pengarang

Mempunyai anak saudara seramai 23 orang, kehidupan seorang gadis bernama Mardhiah Ibrahim sememangnya sentiasa dikelilingi dengan kerenah kanak-kanak yang melucukan. Dia merupakan seorang pelajar Master dan kini mula berjinak-jinak di dalam dunia penulisan.

Ruangan komen telah ditutup.