fbpx

Mencari tempat beriadah di luar dengan seisi keluarga? Kami ada 20 tempat menarik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jom tengok!

1) Taman Awam Taman Tun Dr. Ismail  (TTDI Park)

Kredit foto : www.thestar.com.my

TTDI Park adalah sebuah taman awam yang terletak berdekatan perumahan Taman Tun Dr Ismail, berjarak hanya 10-15 minit dari 1 Utama Shopping Center. Ia dijaga dengan rapi dan dihiasi pepohon hijauan berserta bangku dan pondok untuk berehat.

Laluan berlari dan pejalan kaki sekitar taman ini adalah mesra kanak-kanak dan sesuai untuk kereta sorong bayi. Taman ini juga mempunyai alatan senaman dan kawasan permainan kanak-kanak.

Ramai yang gemar melawat taman ini untuk senaman, beriadah, berkelah atau sekadar berjalan-jalan di waktu pagi dan petang. Ia juga mempunyai sebuah anak sungai yang sesuai untuk anak-anak bermain-manda, sambil memberi makan kepada ikan, kura-kura atau monyet.

Alamat: Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

2) Skytrex Adventure

Kredit foto:  Time Out KL 

Mereka yang gemarkan cabaran lasak harus melawat Skytrex Adventure yang terletak di dalam Taman Botani Negara Shah Alam. Skytrex menawarkan pelbagai litar cabaran dengan tahap kesukaran yang berbeza. Untuk mereka yang tidak berjiwa lasak, anda boleh juga berkelah dan beriadah di kawasan yang dikhaskan sementara menunggu ahli keluarga atau rakan-rakan melengkapkan litar mereka.

Alamat: Taman Botani Negara Shah Alam.

Facebook: Skytrex Adventure

Telefon: +601 3276 9841

3) Taman Tema i-City

Kredit foto: iCity Theme Park

Jangan lepaskan peluang melawat taman tema I-City jika anda berkunjung di Lembah Klang. Di sini terdapat sebuah taman air, Snow Walk, pelbagai jenis rides bersesuaian dengan umur, City of Digital Lights, muzium illusi, muzium lilin, Ferris wheel, Wayang 5D dan macam-macam lagi! Tempat-tempat ini mempunyai masa beroperasi yang berbeza, jadi cuba tengok masa yang sesuai di website mereka.

Alamat: Jalan Multimedia 7/AJ, I-city, Shah Alam.

Facebook: I-City Leisure 

Telefon: +603 5521 8866/+603 5521 8800

4) KL Tower Mini Zoo

Kredit foto: KL Tower Mini Zoo

Zoo ini mempunyai pelbagai jenis haiwan eksotik yang dipamerkan seperti seekor ular sawa yang besar, monyet dan arnab. Kawasan sekitar zoo ini tidak berapa sesuai untuk kereta sorong bayi, jadi rancang pergerakan anda sebaikya. KL Tower Mini Zoo ini lebih kecil jika dibandingkan dengan Farm in the City.

Alamat: Ground Floor, Menara Kuala Lumpur

Facebook: KL Tower Mini Zoo

Telefon: +603 2022 3943

5) Free Tree Society

Kredit foto: Free Tree Society

Jika anda mahukan sesuatu yang unik untuk dilakukan bersama anak-anak, cuba lawati The Free Tree Society di Bangsar pada hari Selasa atau Sabtu untuk menjadi sukarelawan di sana. Mereka sentiasa memerlukan para sukarelawan untuk menanam pokok-pokok yang akan didermakan kepada orang ramai.

Anda akan belajar cara menanam pokok dan amalan lestari yang boleh dipraktikkan sendiri di rumah. Ia adalah satu aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama keluarga, sambil berbakti kepada tanah.

Alamat: 91, Jalan Limau Purut, Bangsar, Kuala Lumpur.

Facebook: Free Tree Society

6) KLCC Park

Kredit foto: www.thestar.com.my

Seusai membeli-belah di Suria KLCC, apakata singgah di KLCC Park untuk berehat dan menikmati taman ini? Kawasan KLCC Park seluas 50 ekar ini dipenuhi kehijauan yang dijaga dengan rapi. Biarkan anak-anak bermain di taman permainan atau bermandi-manda di “wading pool” yang dikhususkan untuk bermain air. Anda juga boleh melakukan senaman di sekitar trek 1.3km dalam taman ini, atau sekadar memerhatikan burung-burung yang berkicauan.

Alamat: Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur

7) FlowRider, 1 Utama

Kredit foto: Flowrider

Mahu mencuba pengalaman meluncur air? Di FlowRider, anda akan dapat belajar asas meluncur air dalam persekitaran yang selamat yang sungguh mengujakan! Kanak-kanak perlu menepati had tinggi 107cm, namun ada sebuah kolam air untuk mereka yang lebih kecil bermain air. Ada juga sebuah café untuk makan-makan sementara menunggu anak anda selesai belajar.

Alamat: LG Floor, 1 Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Facebook: FlowRider

Telefon: +603 7710 0833

8) Putrajaya Lake Cruise

Kredit foto: Putrajaya Lake Cruise

Putrajaya Lake Cruise adalah tarikan paling sesuai untuk menikmati pemandangan indah sekitar Putrajaya, samada di waktu siang hari atau malam. Terdapat 2 jenis pilihan cruise iaitu catamaran yang berhawa dingin (memuatkan 76 orang pada satu masa), atau perahu tradisional Terengganu yang boleh memuatkan 7 orang. Perjalanan setiap cruise adalah selama 20-45 minit bergantung kepada jenis, dan harganya berbeza untuk kanak-kanak, warga emas dan keluarga.

Alamat: Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1, Putrajaya

Facebook: Cruise Tasik Putrajaya 

Telefon:  +603 8888 5539

9) Taman Metropolitan Kepong

Kredit foto: iTourism Malaysia

Taman Metropolitan Kepong adalah taman yang sangat popular untuk bermain layang-layang. Pada setiap petang, taman seluas 95 hektar ini akan dipenuhi orang ramai yang bermain layang-layang berwarna-warni pelbagai saiz dan rupa. Ada juga sebuah tasik yang sangat besar, trek kereta kawalan jauh, trek berbasikal, padang bola, rumah bot, menara tinjau dan taman permainan kanak-kanak.

Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong Metropolitan Lake-garden.

10) Eats, Shoots and Roots

Kredit foto: Eat, Shoots and Roots

Mahu cuba menanam sayur-sayuran sendiri di rumah? Lawati komuniti ini dan mereka dapat membantu anda melakukannya! Di sini juga terdapat pelbagai program pembelajaran untuk dewasa dan kanak-kanak, dan program khas cuti sekolah seperti Plant Play, An Insect Life dan banyak lagi.

Facebook: Eat, Shoots and Roots

11) Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara

Kredit foto: kyension.com

Hutan simpan seluas 320 hektar ini mempunyai trek sepanjang 11km dan dibahagikan kepada 7 bahagian yang bersambung antara satu sama lain. Ia dinamakan Petaling Trail, Scout’s Trail, Temuan Trail, Sahabat Trail, Unity Trail, Harmony Trail dan Aunty Sipew’s Garden. Trek ini dijaga rapi dan dipenuhi petunjuk untuk membantu orang ramai mencari jalan.

Alamat: Jalan Merbah 10/1, Seksyen 10 Kota Damansara.

Facebook: Kota Damansara Community Forest Society

12) The Central Park @ Desa Park City

Kredit foto: Desa Park City

Taman di Desa Park City ini mempunyai pemandangan yang indah dan sebuah tasik yang besar. Pada setiap hujung minggu, orang ramai akan melawat taman ini bersama anjing kesayangan mereka untuk bermain. Terdapat juga sebuah taman permainan kanak-kanak yang unik, trek untuk berbasikal dan sewaan basikal di Waterfront.

Alamat: Desa Park City, Kuala Lumpur.

13) Taman Botani Perdana

Kredit foto: Wonderful Malaysia

Taman Botani Perdana (dulu dikenali sebagai Taman Tasik Perdana) mempunyai keluasan 227 ekar ini senang untuk diakses melalui bas, KTM atau monorel. Taman ini mempunyai banyak tarikan seperti sebuah taman permainan kanak-kanak yang sangat luas, sebuah tasik dan trek joging dan juga kawasan untuk berkelah bersama keluarga. Taman ini dibukan dari pukul 7 pagi hingga 8 malam, setiap hari.

Alamat: Jalan Kebun Bunga, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Facebook: Perdana Botanical Garden

14) Taman Botani Negara Shah Alam

Kredit foto: Shah Alam National Botanical Park

Taman Botani Negara Shah Alam adalah taman agrikultur pertama Malaysia yang dibuka pada tahun 1986, dan adalah salah satu taman botani terbesar di dunia. Ia mempunyai sebuah taman haiwan, taman hiasan, rumah iklim sederhana 4 musim, taman rempah ratus, taman padi, taman buah-buahan tropika dan taman konservasi herba.

Selain dari itu, terdapat juga kawasan untuk memancing, kolam renang dan kemudahan berbasikal. Taman ini dibuka dari 7.30 pagi hingga 5 petang dari hari Selasa ke Ahad (Isnin tutup).

Alamat: Taman Botani Negara Shah Alam, Shah Alam

Facebook: Taman Botani Negara Shah Alam 

Telefon: +603 5510 7048

15) Taman Burung Kuala Lumpur

Kredit foto: KL Bird Park

Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park) terletak di perkarangan Taman Botani Perdana, dan berkeluasan 20.9 ekar, adalah rumah kepada pelbagai jenis burung yang bebas berterbangan di dalamnya. Burung-burung ini dibahagikan kepada 4 zon – zon 1 dan 2 adalah zon bebas, zon 3 adalah kawasan burung enggang dan zone 4 adalah kawasan burung yang perlu diletakkan di dalam sangkar khas.

Burung-burung di sini sudah biasa dengan orang ramai, dan anda bebas untuk mengambil gambar bersama mereka. Taman ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, termasuk pada cuti sekolah dan cuti am.

Alamat:  920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, Kuala Lumpur.

Facebook: KL Bird Park

Telefon: +603 2272 1010

16) Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Kredit foto: KL Butterfly Park

Tahukah anda bahawa Taman Rama-Rama KL adalah yang terbesar di dunia? Ia berkeluasan 80000 kaki persegi dan adalah tempat tinggal kepada 5000 jenis rama-rama, tumbuh-tumbuhan, paku pakis dan banyak lagi. Ada juga bermacam-macam jenis serangga, ikan koi dan kura-kura yang hidup di sini.

Alamat: Taman Tasik Perdana, Jalan Cendarasari, Kuala Lumpur.

Telefon: +603 26934799/ +603 2693 4907

 17) Zoo Negara

Kredit foto: Zoo Negara

Zoo Negara Malaysia terletak di Ulu Klang dan sudah beroperasi sejak tahun 1963. Semenjak dari itu, zoo ini telah melalui banyak proses pembaikan. Hari ini, Zoo Negara mempunyai 5137 spesimen dari 476 spesis mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Anda juga berpeluang menonton persembahan haiwan, dan jangan lupa melawat panda gergasi juga!

Alamat: Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, Ampang.

Facebook: Zoo Negara Malaysia

Telefon: +603 4108 3422

18) Farm In The City 

Kredit foto: Farm in the City

Ladang haiwan ini hampir serupa dengan sebuah zoo mini, bezanya anda boleh datang lebih dekat dengan mereka. Ada banyak jenis haiwan seperti burung, reptilia, arnab dan guinea pigs. Selain itu, anak-anak boleh cuba menangkap ikan di kawasan longkang fishingdan melawat kebun sayur dan buah-buahan. Jangan lupa bawa pelindung matahari, kacamata hitam, payung dan kipas untuk mengurangkan kepanasan.

Alamat: Lot 40187-40788, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Facebook: Farm In The City

Telefon: +603 8941 3099

19) KL Forest Eco Park

Kredit foto: KL Forest Eco Park

KL Forest Eco Park adalah salah satu hutan simpan kekal terbesar di Malaysia. Ia dikenali dengan “canopy walk” 200m yang boleh ditelusuri untuk menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur di penghujungnya. Nikmati angin hutan segar, lawati taman herba dan galeri barangan berasaskan kayu sementara anda di sana.

Alamat: Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Telefon: +603 2020 1606

20) Sunway Lagoon

Kredit foto: Sunway Lagoon

Sunway Lagoon di Petaling Jaya adalah tarikan utama kepada para penggemar taman tema dan taman air. Selain dari itu, ada juga sebuah “petting zoo”, taman sukan esktrim, kolam luncur air dan banyak lagi. Seharian di sini belum tentu puas, jadi rancanglah lawatan sebaiknya!

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, Petaling Jaya

Facebook: Sunway Lagoon Malaysia

Telefon: +603 5639 0000


Artikel ini pertama kali diterbitkan di www.makchic.com dan telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Ditulis oleh: Anne Aeria

Terjemahan oleh : Ayuni A.

Pengarang

From our team of purposeful, multi-faceted mummies. For editorial or general enquiries, email to us at [email protected]

Ruangan komen telah ditutup.