Para ibu selayaknya menikmati rawatan dan tempoh berpantang yang selesa dan selamat setelah penat berjuang melahirkan melahirkan si manja kesayangan.

Hati pasti resah memikirkan keadaan mental dan fizikal yang tidak lagi berseri dan bertenaga seperti dulu, terutamanya di kalangan para ibu yang pertama kali melahirkan dan tidak pernah melalui fasa ini.

Jangan gusar! Di sini kami senaraikan 10 servis penjagaan pantang khas untuk para ibu yang bakal melahirkan.

1. Natalis Mothercare

Dambakan penjagaan setaraf selebriti? Natalis Mothercare berpengalaman menyediakan servis penjagaan wanita berpantang, termasuklah kepada selebriti-selebriti terkenal tanahair! Jadikan hari-hari berpantang anda “stress-free” dan lebih istimewa dengan pakej-pakej menarik dari Natalis Mothercare.

Harga: Bermula RM 1650 (Pakej 7 Hari)*

Laman Web: https://natalisbidan.wordpress.com/2017/05/16/first-blog-post/

Telefon: 010-387 4718 

2. Pudina Confinement & Massage

Pernahkah anda terfikir untuk mendapatkan khidmat rundingan laktasi (nasihat penyusuan susu ibu) di samping pakej servis penjagaan pantang yang di ambil? Di Pudina Confinement & Massage, pakar laktasi sedia membantu para ibu yang mungkin mengalami kesukaran untuk menghasilkan susu untuk si comel. Jadi jangan bersedih lagi ya!

Harga: Bermula RM 480 (Pakej 3 Hari)*

Laman Web: https://pudinaconfinement.weebly.com/

Email: ​[email protected]

Telefon: 017-2238922

Lain-lain Servis:  Menawarkan khidmat nasihat laktasi dari pakar laktasi, Kelas urutan perbidanan

3. Mamacare

Menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk lulur dan cukur rambut bayi, Mamacare menawarkan senarai servis berpantang yang banyak untuk dipilih, bergantung kepada bajet dan keperluan para ibu dan bayi.

Harga: Bermula RM 480 (Pakej 3Hari)*

Laman Web: https://mamacare.my/mamacare/

Email: [email protected]

Telefon: 018-2935004

4. Pantangplus

Pantangplus menawarkan pelbagai servis berpantang menarik bukan saja kepada para ibu, malahan untuk si manja anda juga. Mereka juga ada menawarkan pakej berpantang untuk ibu di luar negara. Ah, mudahnya!

Harga: Bermula RM 3820 (Pakej 14 Hari)*

Laman Web: https://pantangplus.com/

Telefon: 03-50391802

Lain-lain Servis: Servis berpantang luar negara, Servis khas untuk wanita keguguran

5.Leviera Confinement Care & Beauty

Anda inginkan sentuhan tradisional dalam servis penjagaan pantang anda? Sesuai dengan taglinenya, Leviera Confinement Care & Beauty menyediakan servis penjagaan pantang secara tradisional dan turun temurun yang menjadi pilihan kebanyakan para ibu yang mahu penjagaan yang lebih holistik.

Harga: Bermula RM1650 (Pakej 7 Hari)*

Laman Web: https://www.instagram.com/levieraconfinementcare/

Email: [email protected]

Telefon: 018-7772740

6. Malika Confinement Care

Jangan gusar sekiranya anda tidak berada di tanahair, Malika Confinement Care mampu menyelesaikan masalah anda. Turut menyediakan servis penjagaan wanita berpantang ke luar negara, anda hanya perlu menghubungi Malika Confinement Care untuk mengetahui pakej-pakej yang disediakan dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai keperluan anda.

Harga: Bermula RM 750 (Pakej 3 Hari)*

Laman Web: https://www.instagram.com/malikaconfinementcare/

Telefon: 016-2078091

 7.Mom Retreat Home Confinement Care

Untuk ibu-ibu yang inginkan penjagaan yang eksklusif dan mewah bak permaisuri, Mom Retreat Home Confinement Care menawarkan pelbagai pakej servis berpantang professional yang menarik dengan harga yang berpatutan.

Harga: Hubungi untuk sebut harga

Laman Web: http://www.momretreathome.com/

Telefon: 012-287 8212

Lain-lain Servis: Penginapan yang selesa dan ekslusif, Perkhidmatan spa

8.Fazrina Postnatal Care

Fazrina Postnatal Care menawarkan pelbagai jenis servis penjagaan untuk ibu hamil dan berpantang, dan juga untuk bayi. Hanya hubungi mereka untuk tahu lebih lanjut mengenai pakej untuk ibu dan bayi yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.

Harga: Bermula RM 120 (Pakej Sehari)*

Laman Web: https://www.facebook.com/Fazrina-Postnatal-Care-297947550363993/

Telefon: 0172895415

9. Esther Postpartum Care

Untuk ibu-ibu di luar sana yang menginginkan kelainan dalam servis penjagaan pantang, Esther Postpartum Care merupakan servis penjagaan pantang yang berkonsepkan penjagaan pantang yang mewah dari Taiwan. Ianya juga ‘Muslim friendly’!

Harga: Hubungi untuk sebut harga

Laman Web: http://www.estherpostpartumcare.com/

Email: [email protected]

Telefon: 03-2181 5995

Lain-lain Servis: Makanan berpantang sihat menggunakan herba Cina, Penginapan berkonsepkan hotel mewah

10. Lisda Home Spa

Ingin menikmati layanan bagaikan di spa? Selain khidmat spa bergerak seperti yang telah kami senaraikan di dalam artikel kami terdahulu, Lisda Home Spa juga menawarkan servis untuk ibu berpantang dan untuk bayi.

Harga: Bermula RM 25*

Laman Web: https://lisdahomespakl.com/

Email: [email protected]

Telefon: 013-6811071

Lain-lain Servis: Spa rumah ke rumah, Spa berpantang (Confinement Spa), Spa untuk bayi (Baby Spa)


*Pakej dan harga mungkin tertakluk kepada perubahan semasa. Pastikan anda menghubungi mereka dan dapatkan informasi selanjutnya.

Anda tahu sebarang khidmat berpantang yang boleh disenaraikan di sini? Atau anda sendiri ada menawarkan khidmat ini?

Maklumkan pada kami di [email protected] !

Pengarang

Mempunyai anak saudara seramai 23 orang, kehidupan seorang gadis bernama Mardhiah Ibrahim sememangnya sentiasa dikelilingi dengan kerenah kanak-kanak yang melucukan. Dia merupakan seorang pelajar Master dan kini mula berjinak-jinak di dalam dunia penulisan.

Ruangan komen telah ditutup.